Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba pelakon Puteri Sarah Liyana mendakwa ada pihak yang sedang mencuba untuk merosakkan hubungan keluarganya.
Artikel Berkaitan: Didakwa Rujuk Semula Dengan Syamsul Yusof? Puteri Sarah Beri Respon – ‘Dah Move On Lah!’
Artikel Berkaitan: ‘Kami Sayang Puteri Sarah Kerana Dia Menantu Yang Baik, Tapi Kebahagiaannya Digugat Penyondol Kejam’ – Patimah Ismail
Dakwaan Puteri Sarah
Pemilik nama sebenar Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin, 39, memuat naik tentang perkara tersebut menerusi Instagram Story pada Ahad.
Menurut ibu kepada dua orang anak ini, pihak tersebut didakwa telah melemparkan fitnah dipercayai untuk menjejaskan hubungannya bersama keluarga bekas suami, Syamsul Yusof.
Mama, papa, rasanya ada manusia nak porak-perandakan keluarga kita dengan fitnah macam-macam.
Nak melagakan satu keluarga pula.
Walau bagaimanapun, Puteri Sarah tidak mendedahkan dengan terperinci mengenai pihak berkenaan.
Perkongsian Datin Patimah
Dalam pada itu, tinjauan OhBulan! mendapati, ibu kepada Syamsul iaitu Datin Patimah Ismail turut mengulang siar hantaran tersebut serta menitipkan doa untuk Puteri Sarah.
Tabahkan diri menghadapi ujian. Semoga Allah beri kekuatan dan kebahagiaan untuknya bersama anak-anak.
Sekadar info, Puteri Sarah pernah mendirikan rumah tangga bersama Syamsul pada 8 Mac 2014 namun pasangan itu bercerai talak satu pada 14 Jun 2023.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5.
Sumber: IG Puteri Sarah & Patimah Ismail