berita

Puteri Sarah Dakwa Syamsul Yusof & Ira Kazar Kahwin Senyap-Senyap Di Thailand?

December 27th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Nama pelakon dan pengarah sensasi, Syamsul Yusof masih ‘panas’ di media sosial dengan desas-desus sudah berkahwin dengan Ira Kazar yang merupakan anak kepada Kazar Saisi.

Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Liyana Dedah Mesej Syamsul Yusof & Ira Kazar Dah Kahwin?

Artikel Berkaitan: ‘Fitnah? Kebenaran Akan Menang’ – Puteri Sarah Liyana

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Puteri Sarah Liyana ‘Letak’ Syarat Nak Tambah Isteri, Pelik Dituduh Gila Harta Syamsul Yusof

Artikel Berkaitan: Puteri Sarah & Anak-Anak Bercuti Di Jepun, Netizen Tag Syamsul Yusof – ‘Kesian Mereka Tanpa Seorang Ayah & Suami Di Sisi’

Kahwin di Thailand?

Terbaru, aktres Puteri Sarah Liyana mendakwa suaminya sudah berkahwin dengan Ira di negara jiran iaitu Thailand. Bagaimanapun, kata Puteri Sarah, 37, Syamsul masih dengan pendirian untuk tidak mengaku.

Ramai tanya Sarah pasal (berita) ni. Dan ada juga tak puas hati. Sebagai isteri, memang wajib taat suami tapi kita suka ka tiba-tiba tahu kahwin di Thailand? Selepas tu tak mengaku?

Dalam pada itu, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin turut mempersoalkan tindakan Syamsul yang ingin mengenakan tindakan saman berjumlah RM10 juta terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Apa pun, nak saman JAWI tu dah betul-betul pasti ka? Jangan terbalik pulak jadinya. Saya tanya saja.

Nak sambung makan popcorn. Di Disneyland ni popcorn sedap.

Puteri Sarah dan kedua anaknya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah kini sedang bercuti di Tokyo, Jepun sejak 23 Disember lalu.

Terdahulu, Puteri Sarah memfailkan tindakan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berserta dua aduan di pejabat agama terhadap Ira.

Sekadar info, Puteri Sarah berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata.

Sumber: Instagram @puterisarahliyana

SKIP THIS AD ×