Meskipun kontroversi rumah tangga kembali panas sejak minggu ini, pelakon Puteri Sarah Liyana tetap meneruskan kehidupan seperti biasa.
Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Liyana Dedah Mesej Syamsul Yusof & Ira Kazar Dah Kahwin?
Artikel Berkaitan: ‘Fitnah? Kebenaran Akan Menang’ – Puteri Sarah Liyana
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Puteri Sarah Liyana ‘Letak’ Syarat Nak Tambah Isteri, Pelik Dituduh Gila Harta Syamsul Yusof
Artikel Berkaitan: ‘Syamsul Yusof Tak Boleh Tentukan Jumlah Saman RM10 Juta’ – Peguam Sivil
Bye Malaysia
View this post on Instagram
Terbaru, Puteri Sarah memilih untuk ‘bawa diri’ dengan anak-anaknya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah ke Tokyo, Jepun.
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Puteri Sarah dilihat berada di lapangan terbang pada awal pagi Jumaat.
Aktres berumur 37 tahun ini dijangka akan pulang ke Kuala Lumpur pada awal Januari tahun depan.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat menyuruh pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berseronok tanpa memikirkan isu yang melibatkan individu yang didakwa menjadi perosak rumah tangga, Ira Kazar.
Terdahulu, Puteri Sarah memfailkan tindakan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berserta dua aduan di pejabat agama terhadap Ira.
Sekadar info, Puteri Sarah berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.
Sumber: Instagram @puterisarahliyana