Baru-baru ini, pelakon Puteri Sarah berkongsi momen meraikan sambutan ulang tahun anak lelakinya, Syaikhul yang mencecah usia enam tahun.
Artikel Berkaitan: Sederhana Tapi Bermakna..Anak Sulung Puteri Sarah Sambut Hari Jadi Tanpa Ayah Di Sisi
Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Gelak Sampai Terjatuh Kerusi, Baca 44 Muka Surat Tuduhan Nusyuz Syamsul
Artikel Berkaitan: ‘Kamu Sendiri Mengaku Ada Hubungan Dengan Lelaki Lain Sedangkan Kamu Masih Bersuami’ – Syamsul Yusof
Mungkir Janji
Bagaimanapun, menerusi hantaran terkini di Instagram Stories (IG Story), Puteri Sarah mendedahkan bahawa sambutan ulang tahun berkenaan sepatutnya dihadiri oleh suaminya, Syamsul Yusof. Namun pengarah itu didakwa memungkiri janjinya.
Menurut Sarah atau nama lengkapnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin, 38, Syamsul bertindak memungkiri janjinya hanya kerana aktres itu enggan menarik kes saman terhadap keluarga madunya, Kazar Saisi.
Janji nak celebrate birthday Syaikhul sama-sama. Mana? Janji tinggal janji. Hanya sebab saya tidak mahu tarik kes saman terhadap keluarga Kazar? Seriously, awak dah melampau!
Pada hantaran sama, Sarah turut berkongsi sekeping foto memperlihatkan kedua-dua anaknya, Syaikhul dan Sumayyah sedang baring sambil berpelukan.
Terdahulu, Puteri Sarah yang ditemui usai perbincangan perceraian dia dan suami di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Perseketuan pada Selasa berkata, dia tidak berpuas hati terhadap permintaan Syamsul untuk mengurangkan nafkah anak-anak dan mutaah.
Malah, Puteri Sarah berkata dia tidak akan bersetuju terhadap permintaan suaminya, untuk menarik balik seluruh kes di Mahkamah Sivil Kuala Lumpur berhubung prosiding menghina mahkamah terhadap Ira Kazar, bapanya serta kakaknya.
Berikutan tiada lafaz cerai daripada Syamsul pada Selasa lalu, prosiding akan diteruskan dengan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas pada 25 Mei depan.
Sumber: Instagram Puteri Sarah