Semalam, pelakon Puteri Sarah Liyana berang selepas mendakwa bekas kakak ipar kepada Ira Kazar masih mengganggu ketenteraman dirinya walaupun sudah bercerai dengan pengarah sensasi, Syamsul Yusof.
Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Mengamuk Dengan Bekas Menantu Kazar, Dakwa Masih Jaja Kisah Dengan Syamsul
Artikel Berkaitan: ‘Kami Gembira Dengan Kehidupan Sendiri’ – Ira Kazar Kongsi Video, Syamsul Nombor Satu Dalam Hati
Jangan mulakan!
Terbaru, di Instagram Story, Puteri Sarah menegaskan dia tidak akan memulakan ‘peperangan’ ini sekiranya tidak ‘dijentik.’ Kata Puteri Sarah, 37, dia tidak mempunyai masa untuk ‘berdrama’ dengan jadual kerjanya yang padat.
Kalau awak tidak memulakan, saya tidak akan memulakan. Saya sibuk dengan bisnes, sebulan dua kali turun naik Jakarta, tak ada masa nak berdrama, nak cari pasal.
Lain kali nak cerita buruk, sila mengumpat di rumah saja bukan di media sosial. Jangan dijolok sarang tebuan.
Tambah pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, dia sudah pun move on dari penceraiannya dengan Syamsul.
Orang dah move on tak perlu nak ungkit cerita semua. Sekarang, nak play victim pula kata tak bercerita.
Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata ini tetap dengan keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap wanita tersebut. Malah, dia menolak ajak wanita terbabit untuk bersua muka.
Nak jumpa saya? Maaf, bercakap dengan peguam saya. Saya jumpa di mahkamah nanti.
Pada 14 Jun lalu, Syamsul dan Puteri Sarah sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.
Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam , 6, dan Summayah, 5.
Manakala pada 6 Januari lalu, Syamsul membuat pengumuman mengejutkan di Instagram apabila mengakui sudah berkahwin dengan Ira Kazar di Thailand.
Sumber: Instagram