Pelakon Puteri Sarah Liyana, mendakwa pegawai pemasaran dikenali Nazatul Nazira melakukan aktiviti pecah amanah sebanyak RM26,000.
Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Tunjuk Surat Saman Kepada Bekas Menantu Kazar, Wiwi Darvinda Mazwena
Artikel Berkaitan: Ditipu Pegawai Pemasaran, Puteri Sarah Minta Pulangkan RM26,000 – ‘Minta Duit Dah Macam Minta Sedekah’
Fail surat tuntutan
Menerusi laporan Harian Metro, Puteri Sarah memfailkan surat tuntutan kepada wanita itu, semalam.
Semalam, saya menerusi peguam menyerahkan satu lagi ‘letter of demand’ atau surat tuntutan kepada individu sama. Jadi, sekarang sudah ada dua LOD, satu menbabitkan isu fitnah dan kedua pecah amanah.
Sebelum ini, Puteri Sarah menfailkan saman dan menuntut RM1 juta sebagai ganti rugi terhadap seorang pegawai pemasaran dikenali Nazatul Nazira.
Ia selepas individu terbabit didakwa menuduhnya menipu dalam urusan perniagaan sebelum ini dan perlu menanggung padahnya.
Puteri Sarah turut menuntut individu itu menarik semula kenyataan fitnah yang dilemparkan dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepadanya.
Pihak berkenaan juga dituntut dikenakan perintah injuksi bagi menghalangnya menerbitkan sebarang kenyataan berkaitan perkara berkenaan.
Sumber: Harian Metro