berita

Puteri Sarah Gelak Sampai Terjatuh Kerusi, Baca 44 Muka Surat Tuduhan Nusyuz Syamsul

April 21st, 2023 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Pelakon Puteri Sarah Liyana mendedahkan dia tergelak selepas membaca 44 muka surat nusyuz dari suaminya, Syamsul Yusof, yang difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syamsul Yusof Fail Nusyuz, Dakwa Puteri Sarah Curang Dengan Bekas Kekasih Berstatus Suami Orang

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Syamsul Tarik Semula Tuntutan Nusyuz, Kami Mungkin Boleh Jadi Kawan’ – Puteri Sarah

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syamsul Kembali ‘Block’ Di WhatsApp, Puteri Sarah ‘Warning’ Jangan Masuk Campur Kes Saman Keluarga Ira Kazar

Macam baca novel komedi

Menerusi hantaran di Instastory, Puteri Sarah berkata dia ketawa sehingga jatuh daripada kerusi yang didudukinya ketika membaca kesemua tuduhan Syamsul.

Kata aktres berumur 38 tahun, dia bersyukur kerana masih menyimpan bukti-bukti bagi setiap perkara yang berlaku dalam rumah tangga mereka sebelum ini.

Dalam pada itu, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin menyatakan ibu mentuanya, Datin Patimah Ismail, juga rela hati untuk menjadi saksi bagi segala pertuduhan tersebut.

Pada 21 Mac lalu, Syamsul mendakwa Puteri Sarah berlaku curang dengan bekas kekasihnya yang memegang status suami orang.

Selain itu, Syamsul, 39, mengakui terkejut apabila Puteri Sarah mendakwa dirinya telah melakukan keganasan rumah tangga pada tahun 2020.

Bagaimanapun, pada 11 April lalu, pelakon drama Melastik Ke Hatimu memaklumkan Syamsul akan menarik semula tuntutan nusyuz dan perkara tersebut turut disahkan oleh peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kadir.

Pada 18 April, lafaz cerai yang sepatutnya dilakukan Syamsul ditangguhkan apabila Puteri Sarah enggan menarik semula saman terhadap Ira Kazar dan keluarga selain pengarah tersebut meminta pengurangan bayaran nafkah anak-anak.

Berikutan tiada lafaz cerai daripada Syamsul, prosiding dijangka akan diteruskan dengan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) pada 25 Mei di depan Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas.

Terdahulu, Syamsul bersetuju dengan permohonan cerai Puteri Sarah pada 10 April lalu. Media melaporkan sesi perdamaian antara Syamsul dan isteri pertama, Puteri Sarah melalui JKP di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI), pada 24 Mac lalu, menemui jalan buntu.

Pada 7 Mac lalu, Syamsul dan Puteri Sarah diperintahkan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur supaya melantik wakil JKP dalam kes permohonan perceraian mereka. JKP merangkumi anggota keluarga yang rapat dengan pasangan dan mereka dilantik bagi memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.

Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 pada 16 Januari lalu.

Puteri Sarah dilaporkan nekad memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua, awal tahun ini.

Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×