Kisah rumah tangga pasangan selebriti iaitu Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana kembali mencuri tumpuan warganet. Baru-baru ini, Puteri Sarah hilang sabar lalu mendedahkan Ira Kazar masih menganggu suaminya.
Artikel Berkaitan: ‘Memang Tiada Maruah Ke Hadap Suami Orang?’ – Empat Tahun Pendam, Puteri Sarah Mengamuk Dengan Ira Kazar
Jaga mama okey
Menerusi hantaran terbaru di Instagram (IG), Puteri Sarah, 37, memberitahu dia dan anak lelaki, Syaikhul Islam akan berangkat ke Madinah.
Kata Puteri Sarah, anak sulungnya itu akan meraikan ulang tahun kelahiran yang kelima di sana. Sebagai ibu, dia berdoa agar Syaikhul menjadi anak yang soleh dan akan menjaganya apabila sudah besar nanti.
Anak soleh nanti jaga mama okey. Dua hari lagi birthday abang, you’re gonna be five years old. Kita sambut kat Madinah okey. Dah besar nanti jangan lupa mama, bawa mama pergi melancong selalu.
Perancangan Allah yang terbaik
Menjengah di ruangan komen, rakan artis dan peminat menitipkan kata semangat kepada pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin.
Rata-ratanya mendoakan agar pelakon drama Melastik Ke Hatimu ini tabah dalam menempuh dugaan berat di samping menemui jalan penyelesaian.
Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3.
Sumber: Instagram @puterisarahliyana