Pelakon, Puteri Sarah Liayana memberi sokongan penuh terhadap rakan seindustri, Bella Astillah yang sedang berdepan dengan kemelut rumah tangga.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Bella Tak Makan.. Tak Boleh Tidur, Kurus Sangat’ – Puteri Sarah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bella Astillah Nekad Failkan Cerai Pada Aliff Aziz – ‘Peluang Demi Peluang Sudah Diberikan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sekarang Ramai Penyondol, Takut’ – Bella Astillah
Kata-kata semangat
Menerusi hantaran di Instagram Story (IG), pemilik nama sebenar Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin itu memuat naik kata-kata semangat buat Bella.
Puteri Sarah berkata pada awalnya perpisahan adalah sesuatu yang sukar ditempuhi.
Untukmu Bella Astillah
Lepaskan
Dulu saya sangar takut untuk melepaskan, dulu saya benci perpisahan
Dulu saya benci mengakhiri sesuatu
Dulu saya sangat takut betapa sakitnya hati saya ketika mereka tidak ada lagi dalam hidup saya
Saya memiliki banyak pertanyaan bagaimana, jika dan apa yang bisa terjadi kemudian di situlah kesalahan saya selama ini..takut akan segalanya
Bagaimanapun, kesakitan yang ditanggung adalah lebih besar kesannya terhadap diri sendiri walaupun sulit untuk melepaskan orang yang dicintai.
Dan sekarang saya mengerti,
Ketika sesuatu berakhir, itu berakhir kerana sesuatu alasan
Kamu tahu melepaskan itu indah
Terkadang, itu sulit
Tapi selalu ingatkan dirimu bahawa setiap yang berlaku atas izinNya
Lepaskan hal-hal yang telah menyakitimu
Dalam masa yang sama, Puteri Sarah juga mengingatkannya untuk sentiasa bersabar semasa menjalani fasa perpisahan.
Bersabarlah dalam prosesnya
Kerana setelah setiap kesabaran ada hal yang indah
Sebelum ini, adik kepada Bella iaitu Didi Astillah mengesahkan individu yang dicekup oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominum mewah di ibu kota adalah abang iparnya, Aliff. Manakala Ruhainies didakwa telah bersekedudukan bersama aktor tersebut.
Aliff dan Ruhanies kemudian dilaporkan sudah dibebaskan dengan jaminan sementara kira-kira jam 2 petang di pejabat JAWI.
Dalam perkembangan terbaru, Bella hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semalam bagi prosiding pertama kes perceraian dengan suaminya.
Walau bagaimanapun, mahkamah kemudiannya menetapkan satu tarikh baharu bagi sebutan kes kedua pasangan itu selepas aktor tersebut tidak hadir ke mahkamah atas alasan terlibat dengan penggambaran.
Sumber: IG Puteri Sarah