Penat lelah pelakon Puteri Sarah Liyana akhirnya membuahkan hasil apabila dapat membeli kereta berjenama mewah dengan titik peluh sendiri.
Artikel Berkaitan: ‘Puteri Sarah Tak Heran Kekayaan Suami’ – Pengurus
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tahniah Mohd Syamsul, Alhamdulillah Rezeki Dapat RM90 Juta’ – Puteri Sarah Liyana
Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Liyana Ikut Nasihat Yusof Haslam, Suruh Sibuk Dengan Kerja – ‘Jangan Duduk Rumah Menangis’
Setahun sibuk kerja
Ketika dihubungi OhBulan!, Puteri Sarah berkata dia mengumpul duit selama setahun bagi membeli kereta Mercedes-Benz A-Class yang dianggarkan bernilai RM250,000.
Menurut aktres berumur 37 tahun ini, kereta berkenaan adalah bukti kegigihan dia mencari rezeki sendiri tanpa mengharapkan suami, pengarah filem, Syamsul Yusof.
Alhamdulillah, selepas lima tahun menjadi suri rumah, saya bangkit dengan kembali bekerja. Sepanjang tahun lalu saya aktif semula berlakon dan membuat beberapa perniagaan. Hasil titik peluh itu dapatlah saya membeli kereta idaman sendiri.
Mungkin orang melihat ia biasa, tapi bagi saya ia cukup bermakna. Saya mahu buktikan pada orang ramai yang selama ini selalu bercakap saya hanya bergantung harap dengan duit suami.
Baru-baru ini, pelakon drama Sabarlah Duhai Hati mendedahkan dia mendapat sokongan dan dorongan daripada bapa mentua iaitu Datuk Yusof Haslam untuk keluar bekerja.
Tak sangka boleh sampai ke tahap ini
Dalam pada itu, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin akui sebak dan dalam masa sama bangga dengan pencapaian diri sendiri yang dapat bangkit mengharungi dugaan.
Apabila saya membeli kereta ini dengan hasil usaha dan kerja keras sendiri, rasa terharu dan sebak dibuatnya. Tidak menjangka juga saya boleh sampai ke tahap ini. Terima kasih keluarga, kedua ibu bapa dan mentua serta anak-anak.
Terdahulu, rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof didakwa dilanda masalah disebabkan kehadiran Ira Kazar. Puteri Sarah juga mengakui dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul.
Sekadar info, Puteri Sarah berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.
Sumber: Instagram @puterisarahliyana