Kemelut melibatkan pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana bersama bekas pekerjanya yang dikenali sebagai Nazatul Nazira dilihat masih berpanjangan apabila mereka dilihat saling berbalas hantaran di media sosial.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Di Pihak Yang Benar’ – Puteri Sarah Tetap Mahu Teruskan Saman RM1 Juta Kes Pecah Amanah & Fitnah Terhadap Bekas Pekerja
‘Waktu mediasi tak nak cakap’
Menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story), pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruzzaman ini mencabar bekas pekerjanya itu untuk menunjukkan bukti penafian dirinya tidak terlibat dengan pecah amanah yang dilakukannya.
Tak habis lagi, tak puas hati di IG Story. Tunjuk penyata bank semua transaksi keluar masuk, ada berani?
Bertindak dengan bijak, bukan emosi.
Dalam masa yang sama, pelakon yang terkenal menerusi filem ‘Lu Pikir La Sendiri De Movie’ ini turut menunjukkan transaksi mencurigakan bernilai RM59,000.
Lah, RM59,000 itu. Banyak sangat, gelap mata ke adik? Itulah padahnya tak check dengan akauntan dik, main hentam sendiri ja.
Waktu mediasi tak nak cakap semua, tiba tiba di IG Story nak meroyan. Kelakarlah awak ini.
Sementara itu, Nazatul menerusi hantaran di IG Storynya memaklumkan bahawa dia tidak teragak-agak untul ‘spill the tea’ segala apa yang berlaku antaranya dan Puteri Sarah.
Jangan sampai saya buka, saya diam untuk biar pihak selayaknya menguruskan kes ini secara profesional.
Nak berbincang? Boleh, saya beri ruang tetapi nampaknya tiada lagi ruang kedua.
Sebaiknya, teruskan dan habiskan apa yang dah dimulakan.
Terdahulu, Puteri Sarah dan Nazarul hadir ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi proses mediasi selepas pelakon berkenaan memfailkan saman terhadap bekas pekerjanya itu pada Februari lalu.
Dalam masa yang sama, Nazatul juga memfailkan saman balas terhadap Puteri Sarah sebagai usaha untuk membersihkan namanya pada Jun lalu.
Sementara itu, proses mediasi di antara Nazatul dan Puteri Sarah akan berlangsung pada 25 September depan.