
Pelakon Puteri Sarah Liyana memberikan respon terhadap isu seorang kanak-kanak yang didakwa terpaksa menunggu lama ketika menjalani sesi penggambaran iklan.
Artikel Berkaitan: ‘Anak Saya Terpaksa Tidur Dalam Kereta, Pihak Produksi Tak Sediakan Tempat Rehat’
Artikel Berkaitan: Sweet Qismina Kongsi Pengalaman Pelakon ‘Stuck’ Imej Kanak-Kanak – ‘Saiz & Wajah Tak Boleh Diubah, Tanpa Peluang Macam Mana Nak Baiki?
Puteri Sarah simpati
Menerusi hantaran di Threads, Puteri Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 41, menzahirkan rasa simpati terhadap kanak-kanak itu kerana terpaksa berdepan dengan situasi yang tidak diingini semasa di set penggambaran.
Menurut Puteri Sarah, kejadian seperti itu membuatkan dirinya mengambil keputusan untuk tidak membabitkan anak-anaknya dalam bidang hiburan.
Saya sangat sedih mendengar tentang perkara ini.
Sebab inilah sebenarnya saya tidak mahu anak-anak saya terlibat.
Terdahulu, ibu kepada kanak-kanak tersebut meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa anaknya yang berusia sekitar empat hingga lima tahun terpaksa menunggu sehingga 15 jam ketika sesi penggambaran iklan raya.
Wanita terbabit mendakwa tenaga anaknya juga dikerah sepanjang penggambaran, namun kebajikan serta keselesaan kanak-kanak itu tidak diberi perhatian sewajarnya.
Sumber: Threads