Miera Liyana, satu nama yang boleh dikira baru dalam industri hiburan, pernah menggegarkan industri dengan isu ‘wardrobe malfunction’ apabila dia secara tak sengaja memakai gaun yang mendedahkan dadanya ketika menghadiri sebuah majlis.
Tidak berhenti disitu, kisah cinta diantara Miera dan juga Shahrizal Jaszle pernah heboh diperkatakan oleh peminat dan juga media. Ketika masih bercinta, mereka berdua dilihat bersifat terbuka dan tidak segan untuk hadir berdua di majlis-majlis besar. Namun timbul khabar angin mengatakan Shahrizal telah mempunyai kekasih lain dibelakang Miera dan ini menjadi punca hubungan mereka, goyah.
Tapi, kita lupakan tentang gosip yang pernah melanda mereka berdua ya. Terbaru, Miera Liyana ketika ditemui di majlis pelancaran drama ‘Putera Rayyan’ kelihatan lebih berisi dari sebelum ini. Ditanya apakah status dirinya sekarang selepas putus cinta, Miera memberitahu bahawa dia selesa hidup ‘single’ dan rasa dirinya lebih bebas.
“Saya rasa lebih bebas dan berterima kasih pada dia (Shahrizal Jaszle). Disebabkan dia, saya kini lebih matang,” ujar pelakon berusia 19 tahun ini.
Dalam kesibukannya menjalani penggambaran, Miera tidak menafikan bahawa ada lelaki yang cuba untuk ‘mengenalinya’, namun dia menolak kerana mahu fokus kepada kerjaya.
“Memang ada juga yang datang ‘approach’, tapi saya tolak. Dengan karakter saya yang macam ni, mereka lebih suka berkawan dengan saya,” tambahnya lagi.
Menurut Miera, apa yang orang tidak ketahui dalam dirinya ialah dia sukakan lelaki yang macho. Ditanya siapakah antara contoh 3 selebriti tempatan yang diminatinya. Miera menjawab, “Saya suka Henry Golding, Aaron Aziz dan juga Adiputra.”
“Saya ni jenis yang agak ‘hyper’ sedikit, tapi bila jumpa lelaki yang saya suka, saya akan berubah menjadi lembut,” jelas Miera.
Namun begitu, Miera menegaskan bahawa kalau boleh dia tidak mahu mempunyai apa-apa hubungan dengan artis kerana tidak mahu perkara yang sama berulang lagi.
“Kalau boleh, saya memang tak mahu teman lelaki artis.”
Dalam pada itu, Miera bakal membintangi drama terbaru berjudul ‘Putera Rayyan’ bersama Kamal Adli dan Nad Zainal yang akan mula mula bersiaran pada 31 Oktober ini pada jam 10.30 malam, setiap hari Selasa & Rabu, manakala pada hari Khamis ia akan disiarkan pada jam 9.30 malam di TV3.