berita

Putus Cinta Dengan Bella Daly, Nazim Othman Ditenangkan Shila Amzah

March 28th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Fotor0327154734

Sejak akhir-akhir ini kemaskini Nazim Othman di laman sosial terutamanya Instagram dan Twitter menunjukkan seolah-olah dirinya mempunyai masalah melibatkan percintaan.

Sangkaan orang ramai ternyata tepat apabila Nazim dan pelakon cantik, Bella Daly yang sebelum ini menjalin hubungan cinta disahkan sudah memutuskan hubungan atas sebab yang masih belum dijelaskan.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Nazim kepada portal mStar Online, namun enggan menceritakan dengan lebih lanjut mengenai kisah peribadinya.

Screen Shot 2014-03-27 at 14.51.14

“Saya tidak berminat untuk menjawab soalan (putus cinta) itu dan tidak mahu berkongsi kepada umum. Ia juga menjadi hak saya sama ada untuk menjelaskan tentang perkara ini atau tidak. Apa yang saya boleh katakan, it’s over.”

Terdahulu, pelakon kacak pujaan ramai ini memuat naik dua keping gambar yang membuatkan peminat tertanya-tanya mengenai status hubungannya bersama Bella selain menulis “Separated” di laman Twitter miliknya.

Screen Shot 2014-03-27 at 14.51.45

 

Tidak lama kemudian, Shila Amzah yang sememangnya rapat dengan Nazim juga dilihat memberi kata-kata semangat dan turut berkongsi video rakamannya sedang menyanyi untuk menghiburkan hati selebriti ini.

Screen Shot 2014-03-27 at 15.00.38

Menerusi perkongsian itu, ramai peminat yang meninggalkan respon positif di ruangan komen dengan melahirkan rasa seronok sekiranya Nazim dan Shila pula menjalinkan hubungan cinta.

Apapun jom tengok video nyanyian Shila yang dikongsikan khas untuk Nazim. Semoga terhibur!

SKIP THIS AD ×