Pelakon cantik, Sophia Albarakbah akhirnya mendedahkan ikatan percintaan dengan Mr Doktor sudah terputus di tengah jalan selepas dua tahun bersama.
Artikel Berkaitan: Sophia Albarakbah Didakwa Sudah Putus Cinta, Mr. Doktor Masih Simpan Gambar Bersama
Hubungan baik sebagai kawan
Memetik laporan Harian Metro, Sophia bagaimanapun enggan mengulas dengan lebih lanjut mengenai perpisahan tersebut. Sebaliknya, dia ingin memberi fokus terhadap kariernya sebagai pelakon.
Saya enggan ulas banyak soal perpisahan ini kerana kurang gemar berkongsi kehidupan peribadi kepada umum.
Walaupun sudah berpisah, hubungan kami baik sebagai kawan. Selama ini saya susah rasa suka atau selesa dengan seseorang. Bila saya sayangkan seseorang itu, saya akan berikan sepenuh perhatian.
Sebab itulah, saya tidak mahu fikir soal cinta lagi selepas ini. Biarlah saya fokus dengan kerjaya seni saya sahaja.
Dalam pada itu, aktres berusia 30 tahun itu tidak menafikan punca penurunan berat badan adalah akibat putus cinta
Putus cinta pun salah satu faktor kerana saya kurang selera makan, tetapi mungkin sebab saya amalkan diet juga. Jujurnya saya pun tak perasan saya dah kurus sehinggalah ada kawan-kawan yang tegur.
Sumber: Harian Metro