berita

Putus Cinta, Sherry Ibrahim Fokus Kerjaya Dan Rakam Album

March 4th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Sherry

Sherry Ibrahim adalah antara pelakon wanita yang jarang dilanda kontroversi, malah, namanya juga seakan-akan tenggelam timbul dalam industri hiburan tanah air.

Dahulu, Sherry pernah berkongsi tentang kisah percintaannya dengan seorang jejaka dari Mauritius. Namun, sehingga kini Sherry masih belum mengumumkan sebarang berita mengenai hubungannya dengan jejaka itu.

Lebih mengejutkan apabila Sherry mengesahkan hubungan dengan kekasih sudah putus dan dia kini lebih senang menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerjaya.

SherrySherry bersama Kilafairy ketika Majlis Perlancaran Magnum Gold ice Cream baru-baru ini

Jika ditanya tentang status hubungan percintaan, terus terang Sherry kata, buat masa ini Sherry masih belum ada sesiapa lagi kerana baru putus cinta.

Kami berpisah tahun lepas setelah hampir dua tahun bercinta. Selepas itu Sherry ambil keputusan untuk menumpukan sepenuh perhatian pada diri sendiri.

Namun, Sherry ketika ditemui di Majlis Pelancaran Magnum Gold Ice Cream di Grand Hyatt Hotel mengakui ada berkawan dengan ramai jejaka tetapi tidak ke arah percintaan. Walaubagaimanapun, Sherry tidak akan menolak jika sudah sampai waktu bertemu jodoh.

Kalau nak tahu, Sherry kini sedang sibuk menghasilkan single pertamanya dengan kerjasama seorang penyanyi dari seberang iaitu Gusti Arya yang bakal dikeluarkan pada hujung tahun ini.

Sherry memang minat menyanyi semenjak kecil lagi, tetapi tiada kesempatan untuk ke arah itu. Bila dah ada peluang ini, Sherry ambil saja.

Konsep lagu-lagu yang ada di dalam mini album nanti berunsurkan balada, rnb dan upbeat song dimana peminat akan dapat lihat sisi lain pada diri Sherry.

Aktress jelita itu turut menambah jika ada peluang mengadakan persembahan, dia akan menerima dengan hati yang terbuka, tetapi bergantung kepada jadual lakonannya.

Terkini, Sherry dilantik menjadi duta bagi produk kecantikan Fairy Beauty dan bakal muncul dalam drama bersiri 13 episod yang berjudul ‘Bila Akhir Nanti’ yang akan ditayangkan di RTM.

Foto: Instagram Sherry Ibrahim

SKIP THIS AD ×