
Pelakon, Qasrina Karim mengakui khilaf kerana tidak menutup aurat sepenuhnya dalam sebuah hantaran video di TikTok yang dimuat naik aktor, Meerqeen, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Qasrina Karim Ditegur Netizen, Pakai Selendang Nampak Leher & Anak Rambut – ‘Pakai Pin At Least’
Artikel Berkaitan: Qasrina Karim Jawab Dakwaan Bercinta Dengan Mierul Aiman -‘Dia Friendly & Baik, Tapi…’
‘Bukan alasan’

Qasrina, 29, berkata, video tersebut diambil ketika dia sedang bersiap sebelum memulakan penggambaran drama, namun mengakui bukan alasan untuk tidak perasan bahawa bahagian leher dan rambutnya terdedah.
Ketika itu (video dirakam) saya sedang bersiap, sedang ‘makeup’. Pada saya normal melonggarkan sedikit tudung sebab nak memudahkan proses ‘makeup’.
Namun, saya percaya itu bukan alasan untuk tidak perasan terdedahnya sedikit aurat saya.
Mengambil iktibar daripada kejadian itu, Qasrina memberitahu dia akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.
Saya akan lebih berhati-hati pada masa akan datang, terima kasih yang ambil berat dan titip nasihat.
Qasrina berkata demikian ketika ditemui di sidang media drama Thariq Ridzuwan: His Treasure dan Mandul Bukan Pilihan yang diadakan di ibu kota pada Rabu.
Dalam pada itu, ditanya mengenai gandingan bersama Meerqeen dalam drama terbahahru Thariq Ridzuwan: His Treasure, Qasrina memberitahu tidak sukar untuk menemui titik keserasian antara mereka.
Saya bersyukur keserasian antara kami tidak susah untuk dibentuk dalam drama ini. Di luar set penggambaran pun kami berkawan, jadi tidak susah untuk bergandingan apabila di set.
Meerqeen seorang yang mudah didekati, bukan hanya dengan saya tetapi dengan semua krew di set.
Terdahulu, peminat meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Qasrina yang tidak menutup aurat sepenuhnya dalam sebuah video di TikTok Meerqeen.
Dalam hantaran itu, aktres berkenaan hanya mengenakan selendang berona hitam namun terdedah sedikit bahagian leher dan rambutnya.








