berita

Hael Husaini Teruja Pertama Kali Berlakon, Jawab Dakwaan Hero ‘Lembut’ – ‘Kita Tak Boleh Kawal Komen Orang’

October 23rd, 2023 | by Alia
Kini Trending

hael husaini

Penyanyi, Hael Husaini teruja memegang watak utama bagi drama lakonan sulungnya iaitu My Famous Ex-Boyfriend walaupun dihimpit pelbagai kecaman daripada warganet.

Artikel Berkaitan: Didakwa Ubah Wajah Sebab Taksub K-Pop, Hael Husaini Bagi Respon – ‘Saya Suka Tampak Presentable Di Mata Masyarakat’

Artikel Berkaitan: Ini Respons Hael Husaini Bila Netizen Tanya : ‘Betul Ke Abang Pergi Korea Buat Muka?’

Pertama kali berlakon

hael husaini

Ketika ditemui OhBulan! Hael atau nama sebenarnya Hal Husaini Razmi mengakui bahawa dia terkejut selepas pihak produksi drama tersebut memintanya untuk mengikuti uji bakat bagi watak utama.

Semasa ujibakat, saya terkejut tengok banyak kamera di hadapan dan saya diminta untuk membaca skrip. Kemudian pengarah tepuk tangan dan berkata, saya adalah calon yang dicari. Saya teruja kerana ini adalah kali pertama saya berlakon.

Secara jujurnya jiwa saya sebagai seorang pelakon memang tak ada sebelum ini sebab hidup saya memang dalam studio sahaja.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 36 tahun ini berkata dia bersetuju untuk mengambil tawaran lakonan tersebut antaranya kerana dorongan rakan selebriti selain mahu mencuba sesuatu yang baru.

Bila nak mula berlakon tu saya memang gementar. Saya hubungi Nabila Huda untuk tanya adakah saya patut berlakon.

Dia kata ‘ini peluang sekali seumur hidup, jadi kena cuba, yang penting ikhlas dan lakukan sebaik mungkin. Jangan susahkan orang lain dekat set.’

Hael berkata demikian ketika di sidang media drama bersiri tersebut yang berlangsung di Hotel Ideas, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Aktor lembut?

hael husaini

Sementara itu, Hael berkata dia menerima apa sahaja komen tentang lakonannya dengan hati yang terbuka walaupun digelar hero ‘lembut’ oleh segelintir warganet.

Bagi saya maklum balas mereka itu adalah pendorong bukan sahaja saya tapi untuk sesebuah drama itu.

Itu adalah pendapat masing-masing, saya hanya bertanggungjawab sebagai seorang pelakon.

Pelantun lagu Jampi itu juga berkata segala kritikan adalah penting untuk dia menambah baik mutu lakonannya selepas ini.

Bila menyanyi pun ada ada komen positif dan negatif sebab kita tak boleh kawal orang. Jadi benda itu kita jadikan pengajaran, sebagai seorang selebriti terutamanya pelakon dan saya masih baru memang saya kena terima apa sahaja kritikan untuk memperbaiki bakat saya.

Untuk info, drama yang dibintangi Hael tersebut adalah berkisar tentang percintaan yang turut menampilkan Nadhir Nasar serta Qasrina Karim sebagai watak utama.

SKIP THIS AD ×