berita

Qi Razali & Nelydia Senrose Confirm Bertunang Dalam Masa Terdekat

March 13th, 2015 | by Ai
Kini Trending

Screen-Shot-2014-09-10-at-11.21.06-PM

Maka, kami harap abang-abang diluar sana dapat menahan emosi dan jiwa masing-masing kerana perkhabaran gembira yang bakal kami sampaikan ini.

Dengar cerita, Qi Razali dah buka mulut mengenai hala tuju hubungannya dengan pelakon jelita, Nelydia Senrose.

Nak bertunang dah tak lama lagi. Wah! Tahniah kami ucapkan.

Kalau Boleh Tak Mahu Lengahkan Perkahwinan – Qi Razali

Screen Shot 2015-03-13 at 11.33.22 AM

Bercakap pada portal Murai, Qi mengakui keputusannya ini setidak-tidaknya akan mendekatkan dirinya ke gerbang perkahwinan.

Malah, Qi dah taknak berlengah-lengah lagi. Amboi, dah tak sabar nampaknya Qi nak bergelar suami. Hihi.

Setelah lebih dua tahun bercinta saya rasa sudah sampai masanya untuk saya memikirkan langkah seterusnya hubungan kami ini. InsyaAllah, dalam masa terdekat ini saya akan menghantar rombongan meminang Nelydia.

Kami berdua memang belum puas lagi mengejar cita-cita tetapi diharapkan dengan ikatan pertunangan akan menjadi titik tolak kepada perancangan

Kurangkan Berita Tak Enak

Screen Shot 2015-03-13 at 11.32.48 AM

Qi berharap supaya pertunangannya nanti akan menghentikan segala spekulasi yang tak enak mengenai dia dan buah hatinya ini.

Keputusan ini memang telah saya dan Nelydia bincangkan dan diharapkan selepas bergelar tunang dapat mengurangkan cerita yang kurang enak mengaitkan Nelydia dan pihak tertentu.

Kami pun sebenarnya dah lama tunggu berita gembira ni. Semoga dipercepatkanlah ya?

SKIP THIS AD ×