berita

Radhi OAG Lancarkan Album Mini “Projek 3Duda”

January 22nd, 2013 | by Ai
Kini Trending

Screen Shot 2013-01-22 at 1.08.19 AMHidup seorang diri bukanlah menjadi penghalang kejayaan. Status sebagai seorang duda telah menggabungkan Radhi, Asheed dan CD Naz untuk menghasilkan bersama sebuah album mini Projek 3D iaitu “3 Duda: Dadidu”.

Semalam, sebuah majlis telah diadakan bagi melancarkan album mini ini yang membariskan Radhi  (OAG), Asheed (Def Gab C) dan juga CD Naz di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur. Album ini mempunyai daya tarikan yang tersendiri kerana ketika ianya dirancang, ketiga-tiga mereka masing-masing memegang status duda dan mempunyai seorang anak bersama bekas isteri.

Radhi (OAG) ketika ditemui menjelaskan, album ini sebenarnya sudah dirancang sekitar tiga tahun yang lalu, namun terpaksa ditangguhkan kerana dia menjalani rawatan pemulihan dadah di Pengasih.

“Sebenarnya perancangan untuk album ini sudah 3 tahun, tapi terpaksa tangguhkan kerana saya menjalani rawatan di Pengasih.”

Penyanyi berumur 36 tahun ini juga menyatakan rasa terharunya kerana Asheed dan CDNaz sanggup menunggu dirinya keluar dari Pengasih.

“Bila ditangguh, saya terharu dengan Asheed (Def Gab C) dan CD Naz sebab tunggu juga saya walaupun Asheed sudah pun berkahwin pada bulan 6 tahun lepas,” jelas Radhi lagi.

Sementara itu, Asheed, 40, ketika ditemubual mengaku bahawa dia sudah pun melangsungkan perkahwinan dengan Hafiza Binti Ramli, 24, dan kini isterinya sedang sarat mengandung 5 bulan.

“Saya kenal dia tak lama. Dan dia pun pada mulanya tidak tahu saya ini siapa sebenarnya. Isteri saya orang Kedah dan kini dia tinggal bersama ibu mentua di Kedah kerana mengandung,” tambah Asheed lagi.

Asheed juga mengaku dia tiada niat untuk merahsiakan perkahwinannya dan menjelaskan dia terpaksa meneruskan perkahwinan kerana album mini ini lambat dilancarkan.

Projek 3D (3 Duda: Dadidu) adalah dibawah label IMG Records dan telah dimuatkan dengan empat buah lagu. Lagu “Roman Arogan” adalah satu-satunya lagu yang menampilkan suara mereka bertiga. Lagu-lagu lain yang dimuatkan dalam album mini tersebut ialah “Lagu Baru” nyanyian Radhi, “Gadis Rahsia” oleh Asheed, dan juga “Pabila Hujan Turun” oleh CD Naz.

Kredit Foto : mStar Online

SKIP THIS AD ×