berita

Radhi OAG Pakai Baju & Cincin Arwah Ibu Sebagai Pengubat Rindu – ‘Kami Rapat & Saiz Pun Sama’

January 26th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Vokalis kumpulan OAG, Radhi memberitahu dia setia menyarung baju-baju milik arwah ibunya, Allahyarham Fatimah Wee Abdullah, yang meninggal dunia pada 14 Januari lalu akibat kanser usus.

Terasa dekat dengan arwah ibu

Menurut Radhi, cara tersebut mampu membuatkannya rasa dekat dan tetap mengabadikan memori terindah dengan arwah ibunya sebagai insan paling memahami dan rapat dengannya.

Tengok ni, saya masih pakai baju arwah mak saya dan cincin dia. Sejak dulu lagi, saya memang kongsi baju dengan arwah mak sebab saiz kami lebih kurang sama. Kalau perasan pun, sebelum ni masa buat show saya memang akan pakai baju-baju mak. Itu buktinya hubungan kami benar-benar rapat.

Bercerita lebih lanjut, Radhi memberitahu ibunya menderita kanser usus tahap empat sejak beberapa bulan lalu dan reda dengan pemergian arwah.

Arwah mak meninggal dunia di rumah saudara di Kampung Tungku dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 10, Kota Damansara. Mak pergi selepas 40 hari abang sulung saya meninggal dunia kerana kanser darah dan kulit.

Tambah Radhi, dia masih berpegang pada pesanan ibunya untuk menjadi lebih baik. Tambahnya, dia sedang berusaha mencari wang untuk membayar bil hospital yang tertunggak sebanyak RM18,000.

Sumber: Astro Gempak

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×