Agaknya sudah lama tidak melihat pelakon manis Rafidah Ibrahim muncul di kaca televisyen. Pelakon drama Epilog Syurga Cinta ini pernah didakwa mempunyai gosip menjalin hubungan cinta dengan pelawak Mamat Sepah dan baru-baru ini juga mereka saling bertanyakan khabar.
Terbaru, Rafidah menerusi postingnya di laman Instagram berkongsikan dia menerima mesej dari orang yang tidak dikenalinya. Mesej tersebut seolah menawarkan pelakon ini dijadikan sebagai isteri dan didakwa menawarkan sejumlah wang kepadanya.
‘Saya dah ada imam pilihan’
Rafidah memuat naik tangkap layar mesej yang diterimanya melalui DM Instagram. Tangkap layar tersebut menawarkan wang ringgit yang banyak sekiranya Rafidah sudi menjadi isteri mereka. Tambah pengirim tidak dikenalinya itu, dia berasa jatuh cinta apabila melihat gambar telatah Rafidah.
‘Tak lama lagi majlis berlangsung’
Terdahulu Rafidah berterima kasih kepada individu berkenaan sekiranya niat dia benar untuk memperisterikan pelakon ini. Namun bagaimanapun, Rafidah memaklumkan dia sudah mempunyai pilihan pasangannya dan majlis akan berlangsung tidak lama lagi.
Alhamdulillah. Terima kasih atas niat suci awak tu. Saya dah ada pilihan hati saya, InsyaAllah. Sebelum salah faham, biar Fida jelaskan. Dah beberapa kali jadi macam ni sampai ada yang nak cari family. Bila dah accept di DM, rupanya jadi panjang lebar. Harap dah tak ada lagi lepas ni ok. Tak lama je lagi majlis Fida akan berlangsung, InsyaAllah. Doakan yang terbaik.
Sumber: Rafidah Ibrahim