berita

Rai Hari Jadi Sahabat, Ally Mukhriz Mohon Maaf Langgar PKPP

August 29th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Baru-baru ini viral di media sosial apabila anak kepada Mukhriz Mahathir, Meera Alyanna Mukhriz (Ally Mukhriz) ditahan polis gara-gara melanggar peraturan PKPP. Kejadian itu menyebabkan ramai netizen mengkritiknya sehingga dia mengambil keputusan untuk nyahaktifkan semua akaun media sosial miliknya.

Sumber Berkaitan :‘Memang Benar Anak & Menantu Saya Ditahan’ – Mukhriz Mahathir

Terbaru, Ally tampil mohon maaf dan akui berasa kesal dengan tindakan tersebut.

Akui bersalah

Penjelasan itu dimuat naik di akaun Instagram milik Ally Mukhriz sendiri selepas menjadi bualan hangat netizen. Meskipun berdepan dengan kritikan, cucu kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir tampil memberi penjelasan dan memohon maaf. Dia dan suami akui membuat kesilapan besar dengan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)

Sambut hari lahir kawan

Menurut Ally, dia dan suaminya ke TTDI adalah untuk meraikan ulangtahun kelahiran sahabat mereka. Namun dia ditahan kerana melanggar peraturan PKPP. Tambahnya lagi, dia dan suami sudah membayar denda dan berterima kasih kepada pihak polis yang menjalan tugas masing-masing dengan baik.

Saya menyesal

Dalam pada itu, Ally memohon maaf kepada semua kerana mengecewakan hati ramai. Dia juga turut menyesal dengan apa yang dilakukan sehingga ke saat ini. Dia turut berjanji akan buktikan menjadi lebih baik dari sekarang.

Sumber : Ally Mukhriz

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×