berita

Raja Azmi Berkongsi Pengalaman Timang Cucu Lelaki Ke Dua

December 31st, 2012 | by Ai
Kini Trending

Pada 17 Disember lalu anak perempuan kepada produser filem terkenal, Raja Azmi Raja Sulaiman telah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3kg di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur.

Namun begitu, Raja Azmi ketika ditemui di sidang media ‘Anugerah dan Festivl Filem Antarabangsa Asian 2013’ Jumaat lalu telah melahirkan rasa gembira dan berkogsi serba sedikit mengenai keadaan anak dan cucu keduanya.

“Sebenarnya dari cucu pertama lagi saya memang menitik beratkan penjagaan anak saya ketika dia berada dalam keadaan pantang. Jadi saya akan jaga dia sepenuhnya sepanjang tempoh 44 hari ini.”

“Kalau nak tahu, anak saya memang tak berani nak mandikan bayi yang masih kecil. Jadi memang dari cucu pertama saya yang akan mandikan cucu saya sendiri dan termasuklah yang kedua ini.”

“Tetapi, saya bukanlah ambil alih kerja menjaga cucu 100%. Cuma 20% sahaja saya tolong dan yang selebihnya anak saya lakukan sendiri. Dari segi tukar lampin dan buat susu semuanya anak saya yang lakukan. Lagipun pada waktu malam cucu saya akan tidur dengan mak dan ayah dia,” ujar Raja Azmi mengenai pengalamannya menjaga cucu kedua.

Dalam pada itu, OHBULAN! sempat juga bertanyakan keadaan cucu pertamanya, Muhammad Akid yang kini berusia setahun setengah. Adakah Akid dapat menerima kehadiran orang baru dalam hidupnya dan tidakkah dia merasa cembura apabila kasih sayang ibu bapanya harus dibahagi kepada dua?

“Samapi sekarang dia (Akid) tak boleh terima atau faham yang dia sudah mempunyai adik. Mungkin kerana usianya yang masih kecil, jadi dia anggap adik dia macam barang mainan atau patung hidup. Bila nampak adik dia, dia akan buat tak tahu je seolah-olah adik dia tu tak wujud,” ulas Raja Azmi sambil tergelak kecil.

Mengulas lebih lanjut mengenai sikap cucu pertamanya, Raja Azmi turut akui Akid kini sudah pandai merajuk seolah-olah mahukan perhatian daripada orang sekelilingnya.

“Apa yang saya perasan dia kini sudah makin kuat merajuk. Maklumlah saya pun memang rapat dengan dia dan memang sudah jadi rutin harian saya setiap pagi untuk bawa dia pergi sarapan bersama,” komen produser filem ini sambil menunjukkan gambar Akid yang sedang merajuk.

SKIP THIS AD ×