berita

Raja Azmi Akan Kongsi Perihal Perceraian Kali Ke-2 Hari Ini

November 11th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

 

rajaazmi

Beberapa bulan lalu, kecoh satu industri bila dikhabarkan rumahtangga penerbit filem terkenal, Raja Azmi dan suaminya pemain bass kumpulan CRK, Eddie, tak lagi tinggal sebumbung.

Artikel Berkaitan : Masih Sayang, Raja Azmi & Eddie Perlukan Masa Bersendirian

Kini, semuanya terjawab apabila Raja Azmi memfailkan perceraian terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Difahamkan, pihak mahkamah menetapkan pada Selasa (hari ini) untuk sebutan kes tersebut.

RajaAzmiEddie

Harian Metro melaporkan, Raja Azmi enggan memberikan sebarang kenyataan sehingga semuanya selesai.

Ya memang betul (akan bercerai). Saya minta maaf tak dapat nak komen lebih-lebih buat masa ini sebab saya perlu menghormati suami saya. Apa-apa, saya akan berkongsi selepas selesai semuanya (hari ini).

Untuk rekod, pasangan ini telah selamat bergelar suami isteri yang sah dengan sekali lafaz pada 13 Oktober tahun lalu.

[UPDATE]

Sebentar tadi pada jam 3:07 petang, bertempat di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Raja Azmi dan suaminya Mohd Eddie Ghazali sah bercerai talak satu.

Difahamkan, Eddie melafazkan talak satu itu di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan oleh Raja Azmi, semalam.

SKIP THIS AD ×