Penerbit filem, Raja Azmi, mengaku dia belum lagi memakai tudung sepenuhnya, namun selesa menggayakan mengikut kesesuaian majlis yang dihadiri.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nelydia Senrose Pakai Bucket Hats Tutup Rambut, Netizen Terkejut Tengok Fesyen Hajjah
Memang on & off
Menerusi laporan Harian Metro, Raja Azmi memberitahu dia memilih untuk tidak memakai tudung secara konsisten lagi kerana menyifatkan banyak aurat lain yang perlu ‘ditutup’ dan bukan rambut sahaja.
Saya memang ‘on’ & ‘off’ pakai tudung. Memang pilihan saya sendiri. Pada saya, aurat bukan tutup rambut saja tapi banyak lagi seperti jaga mulut, pandangan mata. Jadi, buat masa ini saya masih memilih kadang-kadang nak pakai tudung dan kadang-kadang tak pakai.
Saya pilih kepada kesesuaian. Kalau nak menghadiri majlis ilmu dan agama, saya pakai tudung lengkap. Tapi, kalau hadir majlis biasa-biasa atau urusan kerja, saya tampil ringkas ikut keselesaan.
Disoal mengenai persepsi netizen di media sosial, Raja Azmi tidak menafikan bahawa ada yang bertanya apabila dia memuat naik foto tidak bertudung sepenuhnya.
Dulu memang ramai yang bertanya, mana pergi tudung dan saya akan jawab terlupa, tudung dah ke laut, dan bermacam lagi jawapannya. Saya mengaku saja dan memohon maaf.
Tapi, bagi saya Islam itu bukan hanya bertudung. Malah, yang pasti saya amat menjaga aurat lain seperti jauhkan diri daripada mengumpat, jaga pandangan mata melihat yang baik-baik dan sebagainya.
Sumber: Harian Metro