berita

Raja Emma Jawab Isu Buka Tudung

October 11th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Pada 9 Oktober lalu, pihak OHBULAN! telah mengeluarkan imej terbaru Raja Emma menerusi penampilannya sebagai penghias muka depan majalah NONA.

Berikutan imej terbarunya yang kelihatan sangat berbeza dengan sebelum ini, serta tidak lagi mengenakan hijab telah mengundang komen yang negatif daripada segelintir peminatnya.

Menerusi laporan Harian Metro hari ini, Raja Emma akui merasa sedikit kecil hati dengan pandangan negatif setiap pihak terhadap dirinya.

Saya masih bertudung dan berpakaian menutup aurat apabila menghadiri majlis yang sesuai seperti kenduri kendara dan ke masjid. Terus terang, saya tak faham kenapa isu buka tudung pula yang digembar-gemburkan kerana saya sudah bertahun-tahun tidak bertudung cuma ramai orang yang tak tahu kerana saya sudah lama tidak aktif dalam bidang hiburan lagi.

Raja Emma turut menyatakan pendapatnya berkaitan pemakaian tudung, di mana setiap individu haruslah dengan rela hati untuk melaksanakan kewajipan tersebut dan bukanlah kerana terpaksa.

Saya tidak mahu sekadar bertudung saja tapi pakaian tetap mengikut bentuk badan, menjolok mata atau bertudung tapi masih mendedahkan sebahagian rambut.

SKIP THIS AD ×