Pelakon Raja Farah telah selamat melahirkan cahaya mata keempat pada Ahad.
Artikel berkaitan: Sudah Lima Tahun Tak Berlakon, Julia Ziegler Nafi Tinggalkan Dunia Seni
Artikel berkaitan: Tom Hilang Sabar, Gaduh Dengan ‘Fake Account’ – ‘Lama Tak Jadi Budak, Best Main Nama Mak Ni’
Baby girl!
Menerusi perkongsian di Instagram, Raja Farah bersalin secara normal pada pukul 1.05 petang, semalam.
Syukur Alhamdulillah. Saya selamat melahirkan bayi perempuan semalam. 9 Jun 2024. 1.05 petang. Bersalin normal.
Syukur Ya Allah. Keluarga kami dah berenam sekarang. Doakan urusan saya berpantang dipermudahkan.
Dalam pada itu, dia turut memohon doa agar urusan berpantangnya dipermudahkan.
Untuk rekod, Raja Farah dan suami yang merupakan ahli perniagaan, Iskandar Ismail mendirikan rumah tangga pada 6 September 2015.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Imran Iskandar, Ilham Iskandar dan Intan Iskandar.