berita

Rakan Artis & Peminat Doakan Jodoh Izreen-Amar Berpanjangan. Apa Maksudnya Tu?

August 8th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

izreen-azminda-3

Pernah tengok drama Kerana Terpaksa Aku Relakan (KTAR) lakonan pelakon kacak Amar Baharin dan Izreen Azminda? Kalau pernah, mesti korang tahu mengenai gosip percintaan mereka, betul tak?

Malah, sejak mereka dilihat semakin mesra, ada pihak yang mengaitkan kemesraan Izreen dan Amar sebagai punca perceraian aktres itu dengan bekas suaminya, Riza Baharuddin. Namun, apa boleh buat, jodoh Izreen dan Riza tak lama.

Tetapi, kalau korang perasan malam tadi Izreen ada memuat naik sekeping foto di laman Instagram miliknya. Nak tahu gambar apa? Haa, mestilah dia dan Amar. Sweet gitew!

Screen Shot 2014-08-07 at 10.35.26 PM

Kami pun apa lagi, cepat je jari-jemari ni menekan ruangan komen untuk melihat apa pandangan pengikut Izreen mengenai fotonya yang manis itu.

Baca punya baca, terkejut kami bila rakan selebriti sendiri mengusik Izreen seolah-olah mengiyakan bahawa pasangan secocok ini sedang hangat bercinta.

Malah, isteri kepada komposer Julfekar, Min Yasmin turut mendoakan pasangan ini bertemu jodoh. Wah! apakah maksudnya itu? Adakah pasangan ini benar-benar bercinta? Emmm, tuan badan saja yang tahu.

izreenke

Kami tengok, peminat Izreen pun bersetuju jika pelakon cantik manis ini berkahwin dengan Amar. Fuh! ni mesti kes terlampau taksub dengan drama KTAR kan?

Tapi, bagi kami betul juga, kalau hati sama-sama dah suka apa salahnya, tak gitu? Apapun, kami doakan yang baik-baik saja buat pasangan ini. Kalau ada jodoh, jangan lupa hantar kad ya. Hehehe.

Kredit Foto : Instagram Izreen Azminda & Amar Baharin

SKIP THIS AD ×