Hantaran terbaru penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha di Instagram (IG) miliknya telah mencuri perhatian ramai orang. Penampilan mengenakan tudung dengan kapsyen ‘bismillah’ itu telah mengundang pelbagai respon daripada wargamaya.
Artikel Berkaitan: Daiyan Trisha ‘Okay’ Adik Langkah Bendul, Peminat Lelaki Suruh Sabar Tengah Kumpul Duit – ‘Saya Kerja Keras Untuk Halalkan Awak’
Belum berhijrah
Enggan peminat terus berteka-teki, Daiyan, 28, menyatakan dia belum lagi berhijab seperti yang difikirkan. Kata pemilik nama Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, itu hanya untuk sebuah sesi fotografi.
Namun, pelantun lagu berjudul Penat tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih atas doa yang diterima.
Ini adalah daripada sebuah penggambaran. Saya masih belum berhijrah tapi terima kasih untuk doanya.
Rakan artis terpukau
Di ruangan komen, rata-rata rakan artis termasuklah penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meninggalkan komen dengan memuji kecantikan pelakon drama Projek: Anchor SPM itu.
Selain itu, kaum adam juga tidak melepaskan peluang dengan memanggil Daiyan dengan panggilan ‘bakal isteri’.
Sumber: Instagram @daiyantrisha