berita

Rakan Sekelas Baru Pulang Dari Singapura, 50 Murid Di Sarawak Terpaksa Kuarantin 2 Hari Di Rumah

February 14th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Seramai 50 orang pelajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Petra Jaya, Kuching di Sarawak diarahkan menjalani kuarantin di rumah selama dua hari. Hal ini kerana ahli keluarga salah seorang murid di sekolah berkenaan demam selepas pulang dari Singapura.

Sebagai langkah awal

Tindakan berkenaan adalah bertujuan sebagai langkah awal pencegahan Koronavirus baharu atau COVID-19. Malah, tempoh kuarantin itu juga bergantung atas nasihat Jabatan Kesihatan dan situasi semasa.

Susulan perkara ini, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak iaitu Dr Azhar Ahmad turut meminta pihak sekolah dan ibu bapa untuk sentiasa memantau kesihatan anak mereka dan semua murid.

Murid-murid program Pendidikan Khas Inklusif dia tidak bercampur dengan pelajar-pelajar lain jadi kita telah buat keputusan supaya yang diasingkan ini pelajar program Pendidikan Khas Inklusif (PPKI) sahaja buat masa ini.

Difahamkan kelas pelajar yang terlibat itu mempunyai 50 orang murid dan arahan kuarantin adalah untuk hari ini (13 Februari 2020) dan esok (14 Februari 2020) bergantung kepada arahan lanjut dari Jabatan Kesihatan.

Hospital Miri perketatkan langkah

Sementara itu, Hospital Miri, Sarawak juga memperketatkan urusan keluar masuk di pintu utama sebagai langkah berjaga-jaga ekoran menangani wabak koronavirus. Pelawat yang memegang pas pelawat sahaja dibenarkan memasuki kawasan aras satu. Pengurusan Hospital Miri menerusi satu notis yang dikeluarkan pada 11 Februari 2020 adalah sebagai kawalan ke atas pelawat memasuki aras satu berkuatkuasa sebagai langkah berjaga-jaga.

Kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah tidak dibenarkan untuk memasuki kawasan tersebut. Orang awam diminta memberikan kerjasama dan mematuhi arahan pengawal keselamatan bagi menggelak sebarang kesulitan.

Sumber: Astro Awani

SKIP THIS AD ×