berita

‘Rakan’ Telefon Konon Nak Bantu Dapatkan Dana Untuk Meniaga, Rupa-Rupanya…

October 31st, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Kegiatan scam di negara ini nampaknya semakin menjadi-jadi. Saban hari, ada sahaja kes membabitkan scammer dilaporkan media tempatan malah ada juga yang turut dikongsi di ruang media sosial. Jika dilihat, pelbagai taktik cuba digunakan scammer ini seperti tersalah bank in duit ke dalam akaun mangsa, mahu mengutip dana dan pelbagai lagi kaedah semata-mata untuk memperdaya mangsa.

Terbaru, pengguna Facebook Amelia Amir ini berkongsi kisahnya yang hampir diperdaya seorang invididu tidak dikenali dengan menggunakan taktik yang sedikit berbeza.

Dapat panggilan seorang wanita

Cerita pagi ni, pukul 10.50 pagi kak Amy dapat panggilan dari seorang perempuan tapi suara bergaung dia kata nama dia Zeti, bila kak Amy tanya Zeti mana dia kata takkan dah lupa ni Zeti yang tembam-tembam tu, Kak Amy suruh dia WhatsApp sahaja sebab line tak berapa clear, lepastu dia pun WhatsApp gambar Zatty Bakriy, Kak Amy pun ingatlah.

Bila Kak Amy tanya kenapa, dia kata nak call, tak nak WhatsApp. Bila call dia kata dia nak tolong Kak Amy. Dia kerja FAMA, FAMA nak bagi bantuan dana RM78k dekat peniaga-peniaga Melayu. Kak Amy berminat tak?

Kalau berminat Zatty nak tolong mohonkan. Kak Amy cakap dekat dia line tak berapa clear suara macam bergaung boleh tak WhatsApp sahaja? Tapi dia cakap macam dalih-dalih tak nak WhatsApp, nanti Kak Amy tak faham katanya. Lagipun nak cepat sebab tawaran tutup pukul 11.30.

Kena bayar duit proses RM3.8k

Lepas tu dia kata kalau Kak Amy berminat Zatty boleh tolong mohonkan, sebab dah nak tutup ni ada kosong lagi dua tempat sahaja. Kak Amy bagi nama penuh, no kad pengenalan dan SSM untuk nak daftar. Ok lah tanpa ragu-ragu dah kawan kita minta bagi je lah. Lepas tu tak lama tu dia call balik katanya nak kena duit proses RM3800 dan boleh terus dapat duit hari ini.

Masa ini dah rasa lain macam, tadi kata baru nak buat permohonan tapi ini tiba-tiba nak bagi duit hari ini pula. Siap kita kena bayar pula RM3,800. Kak Amy kata jom la jumpa Kak Amy datang tempat Zatty, FAMA kan dekat bawah lembah tu, dekat je kita jumpa kak Amy bagi duit. Lepas itu dia kata tak sempat, tutup pukul 11.30. Kak Amy kena percayakan Zatty, bukan senang nak dapat duit dana macam ni, kak Amy transfer je, nak cepat. Tau dah ni mesti tipu, tapi tak apa kita tengok permainan dia.

Pelik

Kak Amy kata bolehlah. Dia kata dia WhatsApp nombor akaun, janji kak Amy kena percayakan dia. Sementara dia nak WhatsApp nombor akaun, kak Amy terus cari nombor Zatty dalam phone book tapi tak jumpa. Lepas tu try call kawan kerja dekat FAMA, bila tanya dia pasal ni dia langsung tak tahu. Nampak dah something wrong somewhere.

Selak-selak WhatsApp jumpa nombor Zatty yang lama, terus kak Amy call.

‘Hello Zatty, kamu nak nombor akaun kak Amy ke’? Kak Amy saja buat-buat tanya tapi Zatty terus hairan apa kena Kak Amy ni cakap pasal nombor akaun. ‘ Zatty dekat rumah ni tengah kemas-kemas barang nak pindah’. Bila Kak Amy cerita semuanya pada Zatty sebenar, dia terkejut.

Tipu belaka

Ternyata la semua tadi tipu belaka. Si penipu tadi mesej nombor akaun yang perlu dimasukkan duit proses tadi tapi saja kak Amy layan bagi tahu nak kena ke ATM sebab hari ini dah limit transfer. Dia percaya dan tunggu padahal kak Amy dah ke balai polis buat report, risau juga esok nama Zatty yang busuk.

Berhati-hati la kawan-kawan terutama yang berniaga tu, dan juga berhati-hati dengan semua orang sebab diaorang boleh senang-senang menyamar. Jangan terpedaya, selidik dulu sebelum nak bank in duit dekat orang.

Sumber: Facebook Amelia Amir

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×