berita

Rakyat Malaysia Diculik, Diacu Senjata Tentera Indonesia, Ini Respon Mat Sabu

December 23rd, 2018 | by faris
Kini Trending

Sekumpulan pembalak warga Malaysia diculik oleh tentera Indonesia dalam satu kejadian yang berlaku pada tengah hari 11 Disember lalu di hutan Wong Rangkai berdekatan Kampung Danau Melikin, kira-kir 400 meter dari sempadan Serian-Kalimantan.

Menurut laporan New Straits Times, kumpulan warga Malaysia berkenaan dikatakan sedang membalak tiba-tiba didatangi dua lelaki bersenjatakan senjata biasa digunakan Tentera Nasional Indonesia (TNI).

Dipaksa mengaku curi balak

5 rakyat Malaysia berusia 15 hingga 64 tahun itu diacukan senjata dan diangkut di menggunakan Toyota Hilux, diculik dan kemudiannya dituntut tebusan, dipercayai didalangi tentera negara jiran itu.

Selepas ditahan, tentera Indonesian itu memaksa mereka memasuki kenderaan itu dan mengarahkan tebusan memandu merentasi sempadan Kalimantan untuk ke pos kawalan Indonesia di Sungai Enteli.

Tentera berkenaan menuduh pembalak terbabit mencuri balak di kawasan negara itu. Dalam perjalanan ke pos kawalan, pihak tentera didakwa berkasar dengan mangsa dan mengugut akan menembak jika permintaan tidak dipenuhi.

Malahan, dua tembakan dilepaskan di udara untuk menunjukkan mereka serius dengan ugutan itu.

Di pangkalan, warga Malaysia itu dipaksa untuk mengaku mencuri balak di bahagian Indonesia. Mereka juga diarah berbogel dan kepala ditutup kain hitam.

Minta tebusan RM10 K, mesin gergaji

Menurut NST lagi, tentera berkenaan didakwa membelasah di bahagian belakang dan kaki mangsa selain menumbuknya. Mereka turut dipaksa mengambil air di sungai untuk kegunaan tentera berkenaan.

2 orang mangsa kemudiannya dilepaskan bersyarat pada pukul 4 petang. Mereka dikatakan perlu memaklumkan keluarga masing-masing mengenai insiden itu dan menyerahkan RM10 ribu dan dua mesin gergaji baru pada malamnya.

2 mangsa yang juga adik beradik itu diberi amaran untuk tidak melaporkannya kepada pihak tentera Malaysia atau mana-mana pihak berkuasa. Jika mereka enggan, rakan-rakan mereka akan dibunuh.

Kedua-dua mangsa kemudiannya tanpa berfikir panjang terus ke kem Balai Ringin dan melaporkan kejadian malang itu. Setelah berhubung dengan pihak negara terbabit, 3 lagi mangsa dilepaskan keesokannya.

Menteri Pertahanan jamin hubungan kedua negara erat

Dalam pada itu, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata hubungan kedua-dua negara masih kekal erat walaupun apa yang berlaku. Tambahnya segala masalah dapat diselesaikan di meja rundingan.

Insiden tidak beri apa-apa kesan kepada hubungan kita, hubungan kita dengan Indonesia erat dan segar, semua masalah boleh diselesaikan di meja rundingan.

Hubungan dua hala khususnya ketenteraan amat baik, tidak akan timbul perselisihan yang besar daripada insiden ini.

Kuala Lumpur sudah menghantar notis bantahan dan menyelar tindakan penahanan rakyatnya oleh pihak berkuasa Indonesia. Notis itu dihantar kepada duta Indonesia pada Jumaat.

Sumber: New Straits Times, Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×