berita

‘Rakyat Nak Makan Pun Tak Cukup…’ – Syed Saddiq Bangkang Hasrat Kerajaan Wujud PLKN Semula

November 25th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Semalam media melaporkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang telah dimansuhkan pada tahun 2018, oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH), mungkin akan diperkenalkan semula. Perkara tersebut telah dicadangkan oleh Kementerian Pertahanan (MINDEF).

Artikel Berkaitan: Menteri Beri ‘Hint’ PLKN Mungkin Akan Disambung Semula

Susulan daripada cadangan tersebut, Ahli Parlimen Muar, merangkap bekas Menteri Belia dan Sukan, Yb Syed Saddiq tampil memberikan respon terhadap cadangan tersebut.

Respon Saddiq

Kita berhentikan kerana kos yang melampau. RM700juta++ setahun! Kontrak diagihkan ke Kroni melalui Direct Nego! Pimpinan **** yang untung. Kos nak biaya pelatih PLKN selama 3bulan boleh biaya Kos ijazah di Uni awam!!! Cukup lah JASA dapat RM85juta, kini PLKN lagi RM700juta!

Jelasnya, pihak kerajaan PH menghapuskan PLKN disebabkan kerajaan perlu menanggung kos yang tinggi. Tambahnya lagi, kos tersebut lebih baik jika digunakan untuk menanggung pelajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) berbanding dihabiskan bagi program tersebut.

Jangan gunakan retorik patriotisme & semangat cintakan negara untuk program yang menelan berbilion ringgit. Sejak tahun 2004, kerajaan sudah belanja lebih RM8.43 bilion untuk PLKN. 43% bayaran hanya untuk sewa kem. Lebih baik bantu ekonomi negara dari bayar sewa kem!

Saddiq turut menegaskan supaya pihak kerajaan tidak menggunakan alasan ‘retorik patriotisme dan semangat cintakan negara’ untuk berbelanja bagi program tersebut. Tambahan pula, pihak kerajaan sudah menghabiskan lebih RM8.43 bilion bagi membiayai program terbabit.

Risau dengan cadangan

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan Free Malaysia TodaySyed Saddiq meminta kerajaan untuk memfokuskan untuk membantu rakyat terutamanya golongan yang terjejas berikutan pandemik Covid-19 yang melanda negara.

Kalau jawapan kerajaan kepada krisis ekonomi, masalah pengangguran, akses pendidikan yang terhad waktu kuarantin dan syarikat kecil dan sederhana yang gulung tikar kerana COVID-19 adalah dengan mencadangkan PLKN diwujudkan semula, saya risau.

Jelasnya lagi, program PLKN merupakan program kerajaan yang paling mahal yang pernah dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu.

Sumber: Syed Saddiq & Free Malaysia Today

SKIP THIS AD ×