Pelakon, Atiq Azman yang aktif dalam berkongsi rutinnya yang melakukan senaman (workout) di gymnasium mendapat perhatian netizen dengan tubuh badannya yang sasa.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bangga Tak Berbaju & Tayang Badan Sado, Netizen Tegur Aurat Atiq Azman– ‘Bukan Dia Budak Tahfiz Ke?’
Artikel Berkaitan: Individu Dakwa Raja Atiq Jalin Hubungan Sejenis Tampil Mohon Maaf, Janji Tak Buat Lagi
Artikel Berkaitan: Dituduh Sengaja Tayang Anu Di Media Sosial, Raja Atiq Bengang Individu Dakwa Dirinya ‘Gay’
Masa untuk bertindak
Atiq Azman atau nama sebenarnya Raja Mohammad Atiqullah Syah Raja Azman Syah, tidak lagi asing apabila sering kali menjadi sasaran netizen dengan tuduhan yang dilontarkan. Oleh kerana tubuhnya yang sasa, pelakon tersebut dikatakan tidak ‘lurus’.
Walau bagaimanapun, setelah sekian lama hanya mendiamkan diri apabila menerima tuduhan sebegitu, Atiq kini bertindak untuk menyaman individu yang menyebarkan berita palsu tersebut.
Menerusi hantarannya di Instagram, terdapat individu yang meninggalkan komen ringkas iaitu ‘gay’, yang sekali lagi mencuri perhatian warganet.
Standby nak saman, jangan delete komen atau block akaun saya pula ya.
Sementara itu, Atiq, 23 meluahkan rasa marahnya di story Instagram dengan sikap segelintir netizen yang suka menyebarkan fitnah ke atas orang lain.
Sumber: Instagram @therajaatiqullah