berita

[VIDEO] Bangga Tak Berbaju & Tayang Badan Sado, Netizen Tegur Aurat Atiq Azman– ‘Bukan Dia Budak Tahfiz Ke?’

January 10th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Tindakan berani pelakon kacak, Atiq Azman memuat naik video yang menayangkan tubuh badan sadonya telah menarik perhatian ramai sehingga menjadi bualan hangat netizen di media sosial.

Atiq Azman tayang badan?

Menerusi video pendek yang dikongsikan di akaun TikTok, Atiq atau nama sebenenarnya Raja Mohammad Atiqullah Syah Raja Azman yang berada di dalam bilik seakan bangga menunjukkan tubuh sasanya kepada umum. Atiq tanpa mengenakan baju dan yang hanya memakai seluar berwarna kelabu.

Tindakan berani pelakon berusia 23 tahun ini telah mengundang pelbagai reaksi ramai dan segelintir netizen seakan kurang senang melihat Atiq selamba mendedahkan auratnya. Mereka berpendapat Atiq tidak sepatutnya memuat naik video yang boleh merosakkan namanya sebagai seorang pelakon. Bukan itu sahaja, mereka turut mempersoalkan status Atiq yang pernah dikatakan menjadi pelajar tahfiz di sekolah agama pada suatu ketika dahulu.

Namun ada juga para lelaki yang cemburu melihat perkembangan terkini Atiq yang berjaya membina tubuh badan yang menjadi idaman ramai sehingga ada dalam kalangan mereka sempat meminta tips untuk mendapatkan tubuh badan seperti itu.

Video

Komen

Sumber: TikTok Atiq Azman

SKIP THIS AD ×