berita

Ramai Cemburu & ‘Melting’ Dengan Dini Schatzmann, Kali Ni Janna Nick Dapat Skuter Vespa Merah!

June 1st, 2021 | by Amat
Lensa Insta

Hubungan percintaan antara pelakon Janna Nick dan Dini Schatzmann tidak perlu dirahsiakan lagi. Tahun lalu, Dini Schatzmann telah membuat kejutan kepada Janna Nick sempena sambutan ulang tahun kelahiran pengacara Melodi itu. Tahun ini sekali lagi, Dini Schatzmann menghadiahkan sebuah motosikal jenis skuter Vespa kepada Janna Nick sempena kejutan ulang tahun kelahiran ke-26. Sweetnya!

Sweetnya…

Dini Schatzmann menerusi laman Instagram memuat naik video berdurasi 6:22 minit memaparkan dia sedang melakukan persediaan untuk memberi kejutan kepada kekasih hati. Usai menghiasi lokasi yang diraikan dengan belon berwarna merah dan putih, dia segera ke kediaman Janna dan menutup mata kekasihnya itu sebelum tiba di lokasi.

Janna Nick terharu untuk tahun ini dia terima kasih sebuah motosikal jenis skuter Vespa berwarna merah dari Dini Schatzmann disertakan dengan topi keledar.

Difahamkan, persiapan yang dilakukan Dini adalah sehari sebelum tarikh kelahiran Janna Nick. Malah, dia juga berharap agar Janna menyukai kejutan dan hadiah yang diberikannya itu.

‘Saya harap awak sukakannya’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dini Schatzmann (@dinischatzmann)

Sementara itu, di ruangan komen kelihatan rata-rata pengikut mendoakan agar pasangan kekasih ini dipermudahkan untuk menjalani urusan mendirikan rumah tangga. Ada juga pengikut ‘melting’ dengan usaha yang dilakukan oleh Dini buat Janna Nick.

Sumber: Dini Schatzmann

SKIP THIS AD ×