berita

‘Ramai Dah Si Bodoh Yang Saya Block’ – Kerap Dikecam Netizen, Ini Mesej Nadiyah Shahab Untuk Haters

August 1st, 2019 | by faris
Kini Trending

Aktres jelita yang diberi gelaran Barbie doll hidup, Nadiyah Shahab kerap kali menerima kecaman pengguna laman sosial ekoran beberapa isu antaranya soal pakaian pelakon itu yang dikatakan seksi.

Nadiyah berkongsi tips bagaimana dia sebagai selebriti berhadapan dengan golongan ‘haters’ demi kepentingan kesihatan mentalnya sendiri.

Jawapan bila ditanya bagaimana berdepan haters

Nadiyah menerusi Instagramnya berkongsi bagaimana dia menangani netizen yang menimbulkan suasana negatif di akaun laman sosialnya.

Saya tak teragak-agak untuk menyekat (block) sesiapa yang meninggalkan komen negatif di Instagram saya. Malah saya juga block mereka yang ‘like’ komen negatif tersebut. Ramai dah si bodoh yang dah saya block. Nak tau kenapa?

Ini kerana kesihatan mental saya amat penting untuk saya. Kerana korang bukan sesiapa dalam hidup saya yang akan beri kesan pada keyakinan, ketenangan dan kewarasan saya.

‘Korang bukan sesiapa untuk saya’

Pelakon Lafazkan Kalimah Cintamu ini juga berkata, dia tidak membiarkan mereka yang tidak mengenali dirinya secara peribadi memberi kesan secara langsung kepada dia dan orang sekeliling.

Siapa korang nak sebarkan rasa kurang yakin, cemburu dan benci ke atas saya yang korang tak kenal dengan rapat? Semuanya berisiko memberi kesan kepada saya dan orang sekeliling.

Tambahnya lagi, golongan haters terbabit tidak mempunyai ruang di benaknya dan dia lebih memilih untuk hidup seperti biasa disamping keluarga dan teman-teman.

Saya ulangi, korang bukan sesiapa untuk saya dan korang tak akan terlintas di fikiran, walaupun sesaat. Jadi saya akan tinggalkan korang hadap masalah korang sendiri sedang saya menjalani hidup dengan gembira dengan orang tersayang.

Sumber: Nadiyah Shahab

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×