berita

‘Ramai Ke Pajak Gadai Tebus Barang Kemas, Nak Pakai Raya Nanti’ – MPBA

May 6th, 2020 | by faris
Kini Trending

Viral di laman sosial foto-foto barisan panjang di beberapa premis pajak gadai sejak perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) dikuatkuasa. Netizen tumpang bersimpati dan membuat kesimpulan sendiri mereka yang ke sana sudah pasti terkesan teruk secara ekonomi serta berkemungkinan mencuba mendapatkan wang dengan apa saja cara.

Satu situasi normal

Bagaimanapun, menurut Persatuan Tuan Punya Pajak Gadai Malaysia (MPBA) kepada agensi berita Bernama, situasi yang viral berkenaan adalah satu kebiasaan. Presiden persatuan, Tan Ho Keng berkata, orang ramai ke premis pajak gadai untuk menyelesaikan urusan masing-masing sejak urusan berkenaan tergendala disebabkan PKP pada 18 Mac lalu.

Antara lain, mereka ke sana untuk menebus barang kemas yang digadai, membuat pembayaran faedah, melanjutkan tempoh gadaian selain segelintir yang membuat pajakan.

Tebus barang kemas untuk beraya

Lebih 40 hari tidak dibuka, kedai pajak gadai kembali beroperasi 2 hari lalu sejak PKPB dijalankan. Jumlah yang dilihat ramai bagaimanapun mempunyai sebab tersendiri menurut Tan.

Jumlah pelanggan nampak ramai semalam kerana mereka ikut peraturan dengan beratur mematuhi jarak sosial satu meter. Hanya dua pelanggan sahaja dibenarkan memasuki premis pada satu-satu masa berbanding sebelum ini kami benarkan 10 pelanggan masuk ke dalam premis.

Dalam pada itu, walaupun sebelum ini ramai menyangka pelanggan ke sana untuk memajak barang berharga masing-masing, namun menurut Tan, sebaliknya yang berlaku.

Aidilfitri tidak lama lagi, jadi ramai pelanggan datang untuk tebus kerana ingin memakai barang kemas kepunyaan mereka nanti.

Sumber: Bernama

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×