Dr Maszlee Malik telah mengumumkan keputusannya untuk melepaskan jawatan sebagai Menteri Pendidikan selepas 20 bulan mengalas tanggungjawab itu. Tindakan Dr Maszlee telah membuat ramai rakyat kecewa dan sedih termasuk juga bekas Menteri Belia dan Sukan iaitu YB Khairy Jamaluddin turut memberi pandangan peribadi.
Meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan
Pengumuman yang telah dibuat Dr Maszlee di Kementerian Pendidikan di Putrajaya itu telah mengundang pelbagai reaksi rakyat. Kebanyakkan pihak kurang bersetuju dengan keputusan yang dibuat oleh beliau itu.
Roda kehidupan selalu berputar
Respon dari KJ itu dianggap sebuah pandangan yang matang sebagai seorang ahli politik. KJ turut mengakui bahawa potfolio dan peranan yang dipegang sebagai Menteri Pendidikan itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk melakukan perubahan dalam jangka masa 2 tahun.
Ini adalah keputusan yang sukar dan terburu-buru. Kamu telah memegang potfolio yang mencabar di dalam kabinet Kerajaan dan mustahil untuk melakukan perubahan dalam yang mendadak dalam jangka masa dua tahun ini. Saya berpendapat bahawa ada menteri lain yang lebih layak meninggalkan kabinet berbanding kamu. Saya turut mendengar yang kamu juga disukai ramai guru dalam membawa perubahan. Saya doakan kamu yang terbaik.
Sumber: Dr Maszlee Malik