berita

Ramai Pandang Remeh, Ini Sebab Kenapa Penunggang Motorsikal Perlu Pakai Jaket Hujan Dengan Betul

March 6th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Bilangan kes kemalangan jalan raya semakin meningkat setiap hari. Hal ini kerana kecuaian pemandu kenderaan dan penunggang motorsikal yang leka ketika memandu di jalan raya. Tahun lepas membabitkan 73% indeks kematian membabitkan penunggang motorsikal di jalan raya (Sumber: Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Abd Ghafar Yusof).

Seorang pengguna Facebook, Zairul Eizam menegur secara umum penunggang motorsikal yang tidak ambil endah dengan pemakaian jaket semasa menunggang motorsikal. Tahukah anda, pemakaian jaket tidak kemas semasa menunggang boleh mengundang kematian?

Fungsi jaket hujan

Jaket hujan memang memberi faedah kepada setiap penunggang motorsikal semasa hendak ke tempat kerja. Malah, ianya juga berfungsi bagi mengelakkan uniform kerja berbau, tidak basah baju sekiranya hujan dan memanaskan badan cuasa sejuk ketika awal pagi.

Lelaki ini menegur beberapa penunggang yang tidak mengenakan jaket dengan kemas. Malah, dia pernah trauma dengan kemalangan yang berlaku depan matanya.

Kemalangan ngeri

Lelaki ini berkongsi pengalaman ngeri apabila pernah melihat penunggang motorsikal yang tidak mengenakan jaket secara kemas. Jaket yang dipakai mangsa telah tersangkut di sebatang cangkuk kecil pada lori simen ketika mahu memintas lori berkenaan. Akibat pemakaian jaket secara tidak kemas, penunggang terbabit hilang kawalan dan meninggal dunia.

Pernah nasihat tapi tak endah

Lelaki ini pernah menasihati penunggang lain ketika berhenti di lampu isyarat, malah, ada antara mereka yang tidak endah dengan nasihat tersebut. Harap dengan nasihat lelaki ini, dapat kita memakai jaket hujan dengan kemas bagi mengelak dari berlaku sebarang kemalangan.

Credit: Zairul Eizam

SKIP THIS AD ×