berita

Ramai Peminat Wanita Patah Hati, Remy Ishak Minta Maaf – ‘Terima Kasih Semua Kerana Masih Setia’

August 23rd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Perkahwinan aktor kacak Remy Ishak bersama Ezza Yusof pada Sabtu lalu ternyata telah membuatkan ramai wanita di Malaysia yang patah hati. Media sosial dipenuhi dengan rakaman video yang memaparkan pelbagai reaksi dan gelagat apabila aktor pujaan mereka sudah bernikah.

Artikel Berkaitan: [FOTO] Bagai Pinang Dibelah Dua, Remy Ishak Sah Suami Ezza Yusof Dengan Sekali Lafaz

Artikel Berkaitan: ‘Lapan Tahun Jatuh Bangun, Ezza Yusof Selalu Ada Di Sisi.. She Is The One’ – Remy Ishak

Artikel Berkaitan: ‘Dunia Pun Belum Stabil, Rileks Dulu Fikir Soal Anak’ – Remy Ishak

Tolong maafkan saya

Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 39, mendedahkan menerima banyak kiriman video yang menunjukkan sebilangan besar peminatnya sedang kecewa.

Susulan itu, Hero Pujaan Malaya tampil memohon maaf seandainya berita gembira itu telah mengguris hati.

Sejak dua hari lepas banyak betul mesej dari kawan-kawan dan keluarga yang forward video seperti ini.

Saya tahu mereka semua adalah peminat dan penyokong yang bergurau untuk menceriakan hari saya, tapi kalau ada yang betul-betul patah hati, tolong maafkan saya.

Janji akan terus berlakon

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Remy Ishak (@remyishak)

Dalam pada itu, pelakon filem Sangkar cuba memujuk hati peminat yang sedang sedih dengan berjanji yang dia akan terus menghiburkan dalam karya-karya yang akan datang.

Insya-Allah saya akan tetap akan menghiburkan anda semua dalam projek yang akan datang. Terima kasih semua kerana masih setia bersama saya.

Terdahulu, Remy dan Ezza selamat disatukan sebagai suami isteri pada pukul 1.00 petang dalam satu majlis sederhana yang diadakan di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

 

Sumber: Instagram @remyishak

SKIP THIS AD ×