Agamawan dan pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Kamilin Jamilin tampil mengetengahkan isu ‘trend’ mengerjakan umrah yang kian membimbangkan sejak akhir-akhir ini.
Artikel Berkaitan: Berbaju Ketat Selepas Balik Umrah, Fasha Sandha Ditegur Netizen
Artikel Berkaitan: Terjatuh Di Tandas Bilik Hotel Di Makkah, Wanita Ini Dijangka Terlantar Seumur Hidup
Artikel Berkaitan: Baru Pulang Dari Umrah, Netizen Terkejut Lihat Pakaian Intan Najuwa
Umrah sebagai content
Menerusi video yang dikongsikan di laman TikToknya, pemegang gelaran Doktor Falsafah ini meluahkan kerisauannya tatkala melihat ramai golongan selebriti dan pempengaruh menjadikan Tanah Suci itu sebagai ‘content’ di media sosial.
Trend Umrah sekarang yang merisaukan!
Menurut Dr Kamilin, sebelum ini, apabila berpeluang menjejakkan kaki ke Mekah dan Madinah merupakan satu medan keinsafan kepada kita semua. Namun, hari ini ramai berkunjung ke sana seolah-olah sedang melancong sahaja. Lebih parah lagi, ada juga di antara individu ke sana bagi mempromosikan produk.
Susulan itu, di ruangan komen video terbabit, rata-rata warganet berterima kasih kepada pensyarah berusia 38 tahun ini kerana bersuara mengenai isu yang sudah lama bermain di fikiran mereka. Malah, sebahagian pengikutnya sangat bersetuju dengan fakta yang disampaikan itu.
Video
@drkamilinjamilin Trend “Umrah” Sekarang Yang Merisaukan! ? #Muhasabah
? original sound – Dr. Kamilin Jamilin – Dr. Kamilin Jamilin
Sumber: Dr Kamilin Jamilin