berita

‘Ramai Suami Sekarang Tukar Bini Macam Tukar Kereta.. Mereka Lupa Pengorbanan Isteri’

January 20th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Dr Shazril Shaharuddin atau lebih dikenali sebagai Dr Say sering kali berkongsi kisah hidupnya bersama isteri dan anaknya di laman sosial. Kemesraan dan keserasian pasangan doktor ini menjadi tumpuan ramai kerana Dr Say sering berkongsi cerita di sebalik gambar yang dimuat naik olehnya.

Terbaru, menerusi Facebooknya dia berkongsi kisah berkenaan isterinya yang boleh diibaratkan sebagai ‘Super Mom’. Hal ini kerana isterinya sangat memahami karenah anaknya berbanding dirinya. Selain itu pengorbanan seorang isteri yang tidak kenal erti penat untuk menjaga anak dan suami turut disanjung.

Boleh kena sawan akibat tertekan

Takde Bini, Suami Mati, End Of Story. Kalau tak mati pun, semput-semput maut huhu. Meh saya cerita, saya ada maid dan maid ni ibarat second wife yang bila first wife takde, dia take over buat semua benda dari jaga Ace, masak dan kemas rumah. Senang cerita kalau bini pergi kerja dan saya takde maid, mungkin saya tak dapat menulis cerpen ini sebab mulut saya sedang berbuih (sawan akibat terlalu tertekan).

Macam mana dia tahu Ace nak minum lagi?

Waktu bercuti baru-baru ini terang lagi bersuluh kehebatan dan kepadu-an bini. Contoh pertama, bini saya nak mandi maka dia mintak saya tengok Ace kejap. Tiba-tiba Ace nangis maka saya dukung buka lagu feveret dia sambil saya goyang-goyang. Masih si Ace nangis sampailah bini habis mandi. Terus bini tanya “u bagi susu dah tak kat Ace?”, saya pun reply “dia kan baru minum tadi, takkan nak lagi?, bini tak bercakap banyak, dia bancuh susu dan terus sumbat ke mulut Ace. Habis licin 6 ounce susu tu ibarat Thai Milk Tea Cha Tra Mue. Terduduk saya dibuat kehebatan bini sebab Ace betul-betul baru lepas minum, macam mane die tau Ace nak minum lagi?

Tidur 15 minit, berjaga seharian

Contoh lain, bini ngantuk di siang hari mintak saya tolong jaga Ace kejap maka saya turuti dukung Ace jenjalan dalam bilik. Sambil dukung Ace dalam kepala saya dok pikir “bila bini nak bangun ni, aku pishang (masuk air) dah ni”. Tup tap bini bangun dia tengok jam dan dia cakap “tenkiu ubby bagi i tido 15 minit”. Terduduk lagi saya dibuatnya “biar betik 15 minit? Apsal aku rase macam sejam 15 minit?” dan dengan tido 15 minit tu bini boleh bertahan sepanjang hari ooo. Tiba turn saya tidur, bini kejut saya lepas sejam, saya emo sebab rasa macam baru 15 minit saya tidur, tak hilang lagi penat melayan Ace 15 minit tadi. Dari situ saya nampak kehebatan seorang bini ni.

Tukar bini macam tukar kereta

Kesimpulan cerpen ni, hargailah bini kita sesungguh-sungguhnya. Mungkin apa yang kita nampak hanyalah mulut mereka yang tak berhenti mengeluarkan bau dan bunyi tapi nampak-kan-lah juga pengorbanan mereka yang lain. Saya tengok ramai suami sekarang tukar bini macam tukar kereta walhal kereta lama tu lah yang banyak membawa kita to where we are right now. I love you bini, thank you for your endless sacrifice to me dan Ace. Bebel lah sepanjang hayat as long as you teman I sepanjang hayat jugak k?

Sumber: Dr Shazril Shaharuddin

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×