Setiap tahun, pada hujung Ramadan, perkara yang paling dinantikan sudah pasti pengumuman tarikh Hari Raya Aidifitri yang bakal diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.
Artikel Berkaitan: Viral Tarikh Aidilfitri Jatuh Pada 21 April, Ini Respon Masjid Wilayah Persekutuan
Artikel Berkaitan: Balai Cerap Al-Khawarizmi Nafi Raya Aidilfitri Hari Isnin – ‘Sebarang Pemakluman Awal Adalah Tidak Benar’
Bagi tahun ini, pengumuman bakal dilakukan pada malam ini bersamaan Khamis, 20 April 2023.
Selain menantikan pengumuman tersebut, warna baju Melayu yang bakal dipakai oleh beliau turut menjadi topik perbincangan pengguna media sosial.
Teka-teki warna
Menerusi tinjauan Oh Bulan! di laman Twitter, seorang pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai @brgsjks, memuat naik satu ciapan dengan mengajak orang ramai bermain teka teki untuk menebak warna apakah yang akan dipakai.
Okay nak teka malam ini pemegang mohor besar raja-raja pakai baju warna blue ray blue eyed white dragon.
Korang rasa warna apa?
Netizen teka
Sementara itu, ruangan balas ciapan tersebut telah dihujani pelbagai tekaan jawapan warna yang ditinggalkan oleh wargamaya, antaranya hitam dan kuning. Dalam masa sama, ada juga yang tidak sabar untuk melihat warna sebenar yang akan dipilih oleh Tan Sri Syed Danial malam ini.
Sumber: Twitter