Setiap manusia yang bergelar lelaki, pasti akan tampak lebih kacak apabila personaliti yang ditonjolkan kemas dan rapi selain daripada tingkah laku.
Dari hujung rambut sehingga hujung kaki merupakan penjagaan yang penting tidak hanya bagi kaum wanita, tetapi kaum lelaki juga.
Baru-baru ini kekasih Katy Perry iaitu John Mayer yang sering tampil dengan imej berambut panjang kelihatan segak dan kacak apabila potongan rambut pendek yang baru dilakukan.
Penyanyi berumur 34 tahun ini tampil dengan rambut pendek di The Hollywood Reporter’s celebration di West Hollywood, Calif.
Perubahan rambut John Mayer mendapat perhatian ramai apabila wajahnya mempamerkan imej yang segar disamping dapat menyerlahkan wajahnya yang kacak itu.
Beliau juga memperkemaskan diri dengan merapikan setiap penjagaan muka dan rambut bagi menampilkan kesempurnaan wajah tambahan pula beliau kini mendampingi Katy Perry seorang penyanyi popular.