berita

‘Rambut Macam Brokoli’ – Gambar Throwback Siti Sarah & Dato Jamal Cuit Hati Netizen, Lawak!

November 18th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Siapa sahaja tidak kenal dengan pasangan duet yang pernah terkenal dengan lagu Sandarkan Pada Kenangan iaitu Siti Sarah dan Dato Jamal Abdillah. Lagu ini pernah menjadi siulan rakyat Malaysia serta sering dimainkan di corong-corong radio sekitar tahun 2003.

Baru-baru ini, Siti Sarah ada memuat naik satu gambar throwback bersama Dato Jamal Abdillah di laman Instagram miliknya bagi mengimbau semula kenangan mereka pada suatu ketika dahulu.

Gambar throwback

https://www.instagram.com/p/B49Sq4KF1xB/?igshid=1c5s74pysnjri

Dalam perkongsian tersebut, Siti Sarah telah memuat naik gambarnya bersama Dato Jamal Abdillah dengan kapsyen ‘Apa perasaan Dato Jamal masa tu?’. Kapsyen yang ditulis oleh Siti Sarah telah mengundang pelbagai reaksi daripada para pengikut di Instagramnya yang tertarik dengan style rambut penyanyi terkenal itu.

Tidak ketinggalan juga, suami kepada penyanyi ini iaitu Shuib juga sempat mengusik isterinya itu dengan memberi komen ‘Sekebun rambut’.

Bawa sarang tebuan pergi show

Rambut macam brokoli

Pelbagai komen lucu yang diterima oleh Siti Sarah di ruangan komen Instagram miliknya itu yang rata-rata daripada mereka menggelarkan style rambut Siti Sarah pada masa itu adalah seperti sayur brokoli dan sarang tebuan.

Sumber: Siti Sarah

SKIP THIS AD ×