Semalam bermulanya hari pertama persekolahan bagi tahun 2020. Sudah pasti, ramai ibu bapa berasa teruja dan gembira untuk berkongsikan momen itu di laman media sosial mereka termasuklah dalam kalangan rakan artis. Bahkan selebriti popular, Aeril Zafril juga turut berkongsi momen tersebut dengan berkongsikan foto dirinya bersama isteri, Wawa Zainal menghantar dua anak mereka ke sekolah.
Bagaimanapun, perkongsian foto yang dibuat Aeril semalam itu nampaknya kurang disenangi segelintir netizen yang kemudian bertindak mengecam dirinya dengan meninggalkan pelbagai komen negatif.
Niat untuk dijadikan kenangan
Menerusi satu tweet yang dibuat olehnya, dia berkata foto tersebut dimuat naik sekadar untuk dijadikan kenangan semata-mata.
Namun lain pula jadinya apabila terdapat segelintir netizen memberikan persepsi negatif terhadap foto tersebut dan melontarkan pelbagai komen yang kurang enak terhadap dirinya dan anak sulung.
Aeril seterusnya bertindak mengambil screenshot terhadap komen-komen negatif itu dan dikongsikan semula olehnya di laman Twitter, hari ini.
Dituduh riak, ajar anak kurang ajar
Berdasarkan komen-komen tersebut, beberapa individu secara selamba melontarkan pelbagai reaksi kurang senang terhadap foto yang dimuat naik pelakon itu.
Apa yang mengejutkan, ada dalam kalangan individu itu juga turut menuduh bahawa pelakon tersebut riak akan kemampuan mereka menghantar kedua-dua anaknya itu ke sekolah antarabangsa dengan memuat naiknya di laman Instagram.
Bahkan bukan itu sahaja, anak sulung kepada pelakon itu turut dikecam apabila tampil berambut panjang ketika memasuki alam persekolahan selain dikutuk sebagai selekeh dan tidak mengikut peraturan sekolah.
Reaksi netizen
Perkongsian yang dibuat Aeril itu telah mendapat perhatian para pengikutnya di laman Twitter. Malah baru beberapa jam tweet itu dibuat, ia sudah mendapat lebih 8k rt dan hampir 12k tanda suka.
Rata-rata netizen turut meluahkan rasa kurang senang terhadap komen yang dilontarkan terhadapnya itu malah mereka juga mengecam individu-individu terbabit sebagai keterlaluan.
Sumber: Twitter Aeril Zafrel