berita

‘Rambut Saya Tinggal Rambut Depan Je, Habis Botak Sebab Kemoterapi’ – Elyana Dedah Kisah Derita

June 12th, 2018 | by faris
Isu & Kontroversi

Seperti sedia maklum, Elyana mengejutkan peminat dan industri apabila mengumumkan penderitaan yang dihadapinya apabila disahkan menghidap kanser limfoma tahap empat. Perkara itu dibuat selepas dia tersingkir dari rancangan Gegar Vaganza beberapa bulan lalu.

Elyana menerusi Instagramnya meluahkan apa yang terjadi padanya ketika ‘proses persembunyiannya’ dari umum.

Dedah cerita 4 tahun lepas

Elyana berkongsi kisahnya 4 tahun lepas apabila bertindak menyembunyikan diri dari pandangan umum dan terperap di rumah. Tambahnya lagi ketika itulah dia memakai rambut palsu kerana rambut asalnya tinggal rambut depan sahaja gara-gara kemoterapi.

Gambar 4 tahun yang lepas. Setelah sekian lama menyembunyikan diri di rumah. Akhirnya saya berani kan diri untuk keluar di tempat awam.

Masa ni rambut saya tinggal rambut depan sahaja. Habis botak sebab chemotherapy. Masa ni saya terlalu down dengan nasib dan kehidupan saya.

Sampai bila nak meratap nasib?

Mengakui takut keluar rumah kerana bimbang penyakitnya diketahui ramai, dia mengumpul kekuatan dan memilih untuk tidak meratap nasib yang menimpanya.

Takut nak keluar rumah, sebab takut orang tau saya sakit. Separuh dari hidup saya menahan sakit. Tapi sampai bila nak meratap nasib kan? Zaman-zaman rambut palsu saya.

Kisahnya itu mendapat perhatian peminat yang tidak putus-putus mendoakan yang terbaiknya untuknya dan berharap penyanyi Niat itu terus diberi kesembuhan dan kekuatan.

Sumber: Elyana

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×