berita

Ramona Zamzam Doakan Kebahagiaan Fouziah Gous Bersama Bakal Suami

May 9th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

ramona

Berkenaan dengan kenyataan Fouziah Gous yang mengesahkan dia bakal berkahwin pada tahun ini, timbul pula cerita lain yang mengatakan Fouziah sebenarnya merampas teman lelaki Ramona Zamzam.

Fouziah menafikan perkara itu dengan kenyataan yang berbunyi begini:

Cukup untuk saya katakan sepanjang kami berkenalan dan berkawan, dia bukan milik sesiapa pun. Jauh sekali menjadi kekasih orang. Kiranya, istilah saya merampas itu adalah salah sama sekali. – RotiKaya

Melalui laporan Sinar Harian pula, Ramona Zamzam enggan mengulas lanjut mengenai perkara ini. Namun, dia mendoakan kebahagiaan bekas kekasihnya itu bersama Fouziah Gous kerana tidak mahu mengungkit kisah lama.

Saya tak mahu lagi orang salah faham. Saya sedar, saya buka mulut sekarang ini pun orang akan salahkan saya. Biarlah penjelasan ini menjadi yang terakhir. Saya sudah lupakan semuanya dan sebaik menjejakkan kaki ke Malaysia, saya sudah pun membuka buku baru.

Ramona menghabiskan masa selama sebulan bercuti di Eropah kerana mahu menenangkan fikiran dan baru sahaja pulang seminggu yang lepas.

Kami juga mendoakan yang terbaik buat Fouziah Gous dan kekasihnya dan semoga Ramona Zamzam bertemu pengganti secepat mungkin. Dah takde jodoh nak buat macam mana kan?

Fouziah Gous Sahkan Kahwin Tahun Ini & Tidak Suka Tunjuk Teman Lelaki (3)

Fouziah Gous dengan bakal suaminya

SKIP THIS AD ×